Saturday 22 February 2014

Aku Bercerita...

Assalamualaikum and Salam Sejahtera... 

Lama sungguh saya x menulis kat blog yg Dr Kamal paksa buat nih... haha,  Sebelum ni saya pernah tulis post yg x berkaitan pasal assignment, and i dont know why, rasa malu tu muncul kala teringat mengenai post Hidayah atau Musibah. Di sebalik post tersebut tersimpul satu cerita mengenai zaman kejahilan diri, and today i will story a bit why i think n got that cetusan minda... 

Pernah suatu ketika diri ini berada pada satu zaman yg smua org takut iaitu zaman kejahilan. Zaman jahil ni bukan hanya time sebelum Islam sampai di tanah Arab, tapi smua orang akan mengalami andai ilmu dalam diri tidak dipimpin oleh iman di dalam hati. Anologinya mudah, seorang doktor itu, sehebat mana pun dia mengubati manusia dengan ilmu yang dia ada, andai dia menyangka dia yang telah menyembuhkan sesuatu penyakit dan bukan Allah, dia berada dalam zaman kejahilan. Seorang engineer, andai dia merasakan segala benda yang dia cipta atau bina berdasarkan kehebatan minda dan akal dia semata,  menidakkan hak Allah, sesungguhnya dia berada pada zaman kejahilan. 

Zaman kejahilan inilah yang membuatkan diri ini amat sedih tatkala teringat kembali keadaan diri sebelum hidayah Allah membimbing diri... MasyaAllah, bersyukur sungguh sebab Allah panjangkan umur dalam mentaatiNya. 

Okay,tengok tajuk pun dah tahu, sebijik mcm novel Abg Ramli Awang Murshid, gitu... haha. Sebenarnya Aku Bercerita ni berasal dari konsep Looking Glass-self yang diperkenalkan oleh Charles Horton Cooley pada tahun 1902. Membicarakan konsep perpektif sosiologi , ia menekankan bagaimana melihat diri kita melalui kacamata orang lain dan diri sendiri dan menjadikan ia sebagai suatu pembentukan konsep kendiri “berbicara dan menilai diri sendiri daripada kacamata diri sendiri”- satu ayat yang mudah untuk dibaca tetapi begitu sukar untuk dijiwai dan dipraktikan pada penulisan dalam bentuk penceritaan.

“Sebuah cerita itu tersimpan di dalam fikiran, bermain di dalam hati dan akhirnya diluahkan dalam bentuk tulisan. Bercerita secara lisan membuatkan aku letih… “ - RAM 


Oleh sebab nama tajuk 'Aku Bercerita', maka eloklah kalau 'saya' tu tukar kepada 'aku' terus, coz nak ambik feel lar katakan... haha,  But, sebab malas nak cerita semua, so the story will begin pasal zaman jahil jer lah... hehe... 

Zaman jahil bagi diri ak start masa sekolah menengah. Ak bersekolah di SMK Tung Hua, Sibu Sarawak, yang majoriti pelajarnya berbangsa Cina, about 90 percent... Biasalah kalau sekolah chinese ni, memang totally different dengan sekolah kebangsaan. Oleh sebab budak melayu n bumiputra minoriti, so pelajar tingkatan satu sampai tiga bumi n pelajar cina akan diasingkan kelas, x leh campur sebab susah cikgu nak ajar nanti, so ak pun masuklah tercorot, kelas 1G, budak cina masuk kelas dari satu 1A sampai satu 1F. Walaupun mulany ak di offer masuk kelas 1B sbb result UPSR straight A, tapi sbb x bertutur bahasa cina, so x boleh... Mungkin sebab ayah ak pandai cakap cina, so dia pun nak anak dia belajar bahasa cina ni, tapi sorg pun mcm x ambik peduli sangat... haha, smua cikgu ak tanya kenapa ak x pandai cakap cina mcm ayah aku... I mean bahasa cina foochow and mandarin... 



 My School


Panjang pulak muqadimah blog ni, okay let cut to the chase... 
Apa yg ak sebut sebagai zaman jahil ialah, gaya hidup dan kurangnya ilmu agama yg ak ada. Masa sekolah rendah, ayah dah buat cukup dah rasanya, hantar g kelas ngaji tiap2 malam, kelas sukan n fardhu ain ptg2, n so on... Tapi anak dia nih, buat endah x endah jer dgn agama, lepas masuk jer sekolah menengah, mula2 biasalah, still ala2 malaikat, tapi lepas kenal ramai chinese geng and so on, smua benda ak nak try... 

Sekolah ni, dia bukan macam sekolah kebangsaan yang lain, pergaulan dia lain macam bagi ak... Ni sekadar pendapat peribadi, kalu org islam ikhtilat tu penting, tapi sbbkan ni sekolah cina, so ikhtilat ak dgn kwn2 mmg ak x jaga sgt... Agama hanya pada nama sahaja, x langsung diterjemahkan dengan perlakuan... Nauzubillah... Oleh sebab social-social ni dah mcm bnda biasa, maka hidup ak pun terumbang ambing... PMR memang score, straight A lagi, tapi sbb rasa diri dah hebat n so on, mulalah x blajar sangat lepas masuk form 4. Masa form 4, sekolah bagi pelajar cina and bumiputra campur satu kelas bagi yg nak ambil science site, and yang ambil art still kena separate kelas. Masa nih lah kemuncak zaman kejahilan dalam hidup ak, astaghfirullah... Ak masuk science site, and 80% chinese and the rest is bumiputra. Pemahaman tentang agama itu hanya untuk subjek pendidikan islam, tapi still aurat x jaga, ikhtilat lagi lah, words that come out from my mouth, jgn ckp lar, memang teruk... 

Then lepas tu masuk matriks walaupun ader tawaran buat asasi undang2( this is my ambition actually), but mak ayah x braper suka, so ak follow lah kehendak diaorang sebab nak ambil berkat lah katakan... Then masa matriks, perangai dekat sekolah ak bawak g matrikulasi, walaupun ak cuba kawal. Kadang2 sebab dah terbiasa, tu yang jadi masalah untuk menyesuaikan diri... Contoh yg paling minor, kalau kita dengan slumbernya pegang tangan budak2 perempuan yg bukan muhram, mengilai dorg terkejut... hahaha...


Nasib baik lar kat matriks, Allah hantar beberapa org makhluk dia yg buat ak dekat ngan masjid dan majlis ilmu... Daripada zero ilmu agama( i mean secara practicalnya), ak mula berjinak denga surau, ak mula berjinak2 dengan budak-budak yg org cakap bajet alim, dan ak perhati dan lihat bahawa ukhwah dalam Islam ini seronok... Serius, ak suka sangat tengok ukhwah budak2 surau nih... Dah masuk uni, baru lah migrate secara total setelah betul2 faham basic2 cara hidup Islam yg Allah redha... Alhamdulillah...

Ak rasa ak xleh nak crita secara mendalam kisah nih, sbb takut pulak smua org xnak kawan ngan ak lepas tau kisah silam... hahaha, thats why byk dah ak tapis2 tu... (Wallahi, just nak tunjuk how someone can go back to the path of real islam practically)...

Mungkin ader yg akan cakap, " bodohnya dia nih buka aib diri sendiri.. "... Niat ak hanya nak, org Islam yg pernah tergelincir, supaya sedar, bahawa masa silam itu biar kekal sebagai masa silam, yang paling penting, NOW, what path will u take in ur life?? Adakah jalan yang kita nak pilih jalan yang Allah redha atau jalan yang Allah murka... Tuan2 dan Puan2 skalian, Islam itu indah dan mudah, bukan menyusahkan... 

That is why, my focus is, ak nak kita smua tau, walau kita x berada di jalan yg lurus (jalan yg Allah Redha), tapi kita kena ingat, rahmat Allah itu luas... Dalam satu hadis:

"Semua anak adam itu berbuat kesalahan & sebaik-baik orang yg berbuat kesalahan itu ialah org2 yg mahu bertaubat." (HR Tirmidzi & Ibnu Majah)... 

So, ak nak habaq mai lah, kita buat dosa mcm mana sekalipun, andai kita betul2 menyesal dan bertaubat, insyaAllah, Allah terima selagi mana kita tidak syirik pada DIA... 



Rahmat Allah itu luas wahai sahabat2 sekalian, thats why, Nabi SAW pernah bersabda:

لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ أَحَدٌ بِعَمَلِهِ قِيْلَ وَلاَ أَنْتَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ وَلاَ أَنَا إِلاَّ أَنْ يَتَغَمَّدَنِيَ اللهُ بِرَحْمَتِهِ

Tidaklah seseorang masuk surga dengan amalnya. Ditanyakan, “Sekalipun engkau wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Sekalipun aku, hanya saja Allah telah memberikan rahmat kepadaku.”
(HR. Bukhari 5673, Muslim 2816)

Sebab itu, sekarang ak agak menyesal, kalau dulu aku tunjuk akhlak yang baik, mungkin Islam dipandang dari perspektif berbeza dalam kalangan rakan2 non muslim sekolah menengah... Nikmat Islam yg ak dapat secara warisan, ak x kongsi dgn rakan2 sekolah ak, padahal medium sekolah menengah ak tu mmg tepat lar rasanya, kalu nak dakwah, sebab ramai non-muslim... Kalu ak dakwah guna akhlak, at least dorang nampak bagaimana Islam itu secara luaranya... Allahu,, agama seseorang itu selalu dipandang berdasarkan akhlak yg ada dalam diri seseorang. Thats why, ulama' bagitau akhlak itu ibarat cermin kepada anutanmu... MasyaAllah... 

Akhir kalam, dunia ini pentas sandiwara, kita adalah pelakonnya. Dalam kalangan kita pula ada yang benar-benar menjadi manusia, dan ada yang ramai juga memilih menjadi boneka atas kerelaan sendiri. Takdir merupakan plot penceritaan. Aku kira terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu memilih jalan yang Allah redha atau jalan yang Allah murka, kerana setiap jalan telah terbentang di hadapan mata, jadi terpulang sama ada mahu berjalan di jalan yang mana. Apa yang pasti akhirat itu kekal dan dunia ini hanya sementara.... 


P/s: Moga bermanfaat buat sahabat2, sbb mengenang balik kisah silam satu keperitan yang amat, sbb kisah silam ak x seindah mana... Astaghfirullah... ni, ak curi post adik ak, penawar kala hati sedih mengenangkan kisah silam dan sebab mengapa blog di-update... hehe, and also, Thx, Fizul, huda, zaharah, and kak ate... :D



Yang Benar, 
Hamba Allah...