Friday 20 June 2014

Stop Judging and Start Moving!!

Alhamdulillah...

Allah beri peluang untuk kita terus hidup dan terus bertaubat atas segala dosa dan maksiat yg kita lakukan... 

Memang benar kata ulama', taubat untuk maksiat cukup sekali, dan taubat untuk ketaatan perlukan beribu-ribu kali taubat... 


Bukan senang seseorangyg pernah buat berbagai dosa ingin kembali ke jalan fitrah yg Allah dah tetapkan sejak azali. Hidayah itu milik Allah, tetapi, ada saja mulut-mulut yg kerap mengutuk dan mencela mengatakan bahawa perubahan org yg mereka lihat selalu melakukan dosa ini hanyalah lakonan semata-mata. Jangan lihat masa silam seseorang seperti kita x pernah buat dosa bro-bro dan akak-akak sekalian. Xtau nak cakap aper dah... 

"Tiada ulama' yg tidak pernah mempunyai masa silam, dan tidak ada pendosa yg tidak mempunyai masa depan" - (pernah terbaca... haha) 


Luahan hati adik kadang2 sedih jugak telinga kita ni mendengarnya... But its okay, semakin kita cuba mengejar iman, semakin Allah uji kita sebab nak tgk iman kita di tahap mana? Redha kah kita dgn segala yg Allah tetapkan? 

Adik pernah tulis:

“Jangan bandingkan ujian orang lain dengan ujian kau. Setiap orang tak sama. Alangkan saiz kasut, saiz baju pun berbeza-beza, inikan ujian dari Allah.”

Kau beruntung kau lahir dari keluarga yang taat mengamalkan ajaran Islam,
Tapi dia?
Dia dilahirkan dari keluarga yang jauh tersasar dari ajaran Islam.
Namun, dia masih berusaha mendalami Islam sedaya upaya.


Kau beruntung kau diajar hukum hakam agama dan membaca al-Quran sejak kecil lagi,
Tapi dia?
Dia mula mengenal hukum dan membaca al-Quran apabila belajar di sekolah.
Tapi itu tidak mematahkan semangat dia mendalami Islam.


Kau beruntung kau menuntut ilmu di sekolah agama sejak kecil,
Tapi dia?
Sejak kecil dia dihantar ke sekolah cina untuk menuntut ilmu.
Tapi dia tidak pernah lupa bahawa dia seorang Muslim.


Kau beruntung kau punya teman yang kerap mengajak kearah kebaikan.
Tapi dia?
Sangat kurang teman yang boleh mengingatkan dia kepada Allah.
Lantas dia memilih menjadi teman yang mengingatkan temannya ke jalan Allah. 


Kau beruntung, kau diberi semuanya.
Namun begitu kau jarang kali bersyukur.
Dia banyak kali diuji dalam kehidupannya,
tapi dia masih tetap bersabar.


Tujuan kita mungkin sama,
tetapi cabaran tetap berbeza.
Disaat kau ‘berjalan’ menempuh perjalanan hidup kau,
Dia ‘berlari’ menempuh perjalanan hidupnya.


Di lautan pasti ada ombak mendatang,
Terkadang ada yang kecil ada juga yang besar.
Namun kita mesti teruskan berenang,
Jangan sampai lemas tenggelam."



Perubahan ni kalau nak dianalogikan sangat simple dan mudah... 

"Dia baru nak jadi baik, janganlah over sangat mengkritik."

"Contohnya, awak baru tanam ubi 5 minit tadi,
pastu awak jerit kat ubi yg awak baru tanam, "Wei,cepatlah jadi ubi, aku lapar ni!".


P/s: Walau aper pun org nak kata, I love my family. Iman itu bukan dapat diwarisi. Lets stop judging and start moving!! Ramadhan tinggal 7 hari jer lagi... Fastabiqul khairats!! 

Wednesday 18 June 2014

Will I Survive Till This Ramadhan??

Assalamualaikum and Salam Sejahtera... 
Selawat ke atas junjungan besar Penghulu segala Nabi dan Rasul Muhammad SAW...

Actually-kan, banyak giler benda yg dah berlaku lepas the last time i updated this blog. There are too much to be story-mory here; blog yg hanya di-updates untuk meyimpan seciput tarbiyah untuk diri sendiri. So, this time i plan to share about perkara yg ramai umat Islam ternanti-nanti in lebih kurang 10 hari lagi (from the dates this blog update)

that

is

RAMADHAN...

Bulan yang paling mulia dalam Islam. Bulan di mana ibadat kita akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda. Subhanallah...
Dalam satu hadis qudsi, Nabi bersabda :

"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .



Mendengar sahaja RAMADHAN, adakah diri kita semua sudah bersedia untuk menyambut kedatangan 'tetamu' yg amat mulia ini? Adakah amal kita akan kekal seperti bulan-bulan lain sebelum Ramadhan? Dapatkah kita mendidik diri kita untuk lebih berdisiplin dan istiqamah dengan mutabaah amal (rutin amal) yg kita rancang? Adakah kita bakal bertemu dengan malam yg lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadr? Wallahualam.



Pelbagai persoalan muncul di minda dan persoalan-persoalan ini semua berkaitan dengan tarbiyyah dalam mendidik diri kita untuk lebih kuat, istiqamah, dan hebat dalam beribadah kepada Allah. Di bulan Ramadhan inilah di mana kita depends hampir seratus peratus dengan iman diri sendiri untuk bertahan dengan pelbagai dugaan dan cabaran baik physically or mentally and even spiritually. Di sinilah tarbiyyah yg paling baik bakal berlaku, iaitu mentarbiyyah diri sendiri untuk melawan segala gejolak nafsu dan tabiat buruk dalam hidup. Apa sahaja tabiat buruk yg kita lakukan sebelum ini, Ramadhan akan mendidik kita untuk melawannya dan meninggalkan setiap perbuatan tersebut agar puasa dan segala ibadat kita sentiasa berkualiti dan insyaAllah diterima Allah azzawajalla.



Ramai para ulama' dan para ustaz yg telah menyarankan pelbagai persediaan yg boleh kita lakukan untuk menyambut bulan Ramadan yg mulia ini. Saya tertarik dengan guideline pendek yg dicadangkan oleh Ustaz Suleiman Salem. Beliau menyarankan 4 guideline betul-betul mudah dan boleh dipraktikkan oleh semua orang.


Credit to website http://www.iluvislam.com/



Okay, ni mmg malas dah nak bermadah bicara sangat, let straight to the first step that is kita perlu menetapkan niat yang betul-betul ikhlas dan kuat untuk memanfaatkan bulan Ramadan kali ini dengan segala keberkatan yang Allah berikan. "Innamal a'malu binniat", setiap amal yg kita lakukan bermula dengan niat. Baik niat kita, maka baik lah amal yg bakal kita lakukan, jika buruk niat kita, maka buruklah amalan yg bakal kita lakukan. Nilai ikhlas dalam perbuatan, amat tinggi di sisi Allah, dan perkara ini menjadi rahsia mutlak Allah SWT hatta para malaikat sekalipun turut tidak dapat mengenal pasti keikhlasan hamba-hamba Allah itu. InsyaAllah, kita akan belajar didik iman dan amal kita agar ikhlas dalam setiap perbuatan dan kita berdoa pada Allah moga Allah mengurniakan ikhlas dalam hati kita dalam melakukan ibadah terhadapNya...


Langkah kedua, Ustaz Suleiman Salem mengatakan, kita berdoa pada Allah agar mempertemukan Ramadhan kali ini dengan kita, moga kita sempat mengharungi dan memanfaatkan Ramadhan kali ini, insyaAllah and biiznillah. Nabi Muhammad SAW pernah mengajar doa yg boleh kita amalkan dalam menunggu kedatangan Ramadhan ini.

Doa menunggu kedatangan Ramadhan

Berapa ramai manusia yg kita kenal tahun ini x sempat pun untuk merasai nikmat Ramadhan al mubarak. Sungguh andai Allah berkenan memanjangkan umur kita dalam mengharungi hidup ini, insyaAllah kita akan sekali lagi merasai nikmat beribadat di bulan Ramadhan. Kita hamba x boleh nak jamin apa2, mungkin tahun ini kita sempat menyambut Ramadhan, TAPI adakah kita boleh menjamin nyawa ini akan kekal pada tahun seterusnya dan seterusnya. Esok matahari memang akan terbit seperti biasa, tapi kita kena sentiasa tanamkan dalam minda bahawa NYAWA itu milik Allah. Semoga kita beroleh kekuatan untuk memanfaat bulan Ramadhan dalam memperbaiki amal ibadah dalam diri ini.


Ketiga, kata Ustaz Suleiman Salem lagi, berpuasa sunatlah dalam kita menunggu Ramadhan agar kita bersedia physically and spiritually untuk ibadat besar itu nanti. Bagi sesiapa yang masih belum mengqada'kan puasa bagi puasa tahun-tahun yg lepas, maka eloklah sekiranya digantikan dengan kadar segera disamping puasa-puasa itu bolen menjadi latihan buat diri dalam melakukan persediaan untuk berpuasa di Bulan Ramadhan yg berbaki kurang 2 minggu.


Akhir sekali, Ustaz Suleiman mengatakan bacalah Al- Quran sebanyak mungkin dan dekatkanlah diri ini dengan kalam Allah iaitu Al-Quran. Semakin kita membaca dan menghayati bait-bait kalam Allah di dalam Al-Quran, semakin Allah menanamkan iman di dalam hati kita. Iman ini bukan sesuatu yg kita warisi dari keturunan mahupun orang tua, tapi iman dalam diri ini perlu diusahakan agar kemanisan itu dapat kita rasai. Disebabkan itulah, tingkat iman yang paling tinggi apabila kita berjaya memperoleh halawatul iman (kemanisan iman). Iman di tingkat ini menyebabkan ibadat menjadi suatu keseronokan, hati terdidik dengan tarbiyyah kemanisan Islam, dan cinta pada Allah dan rasul melebihi segala isi yg ada di langit dan di bumi.

Cerita pasai Al Quran, ni nak habaq mai, ada satu program yang saya nak crita cikit sempena Bulan Ramadhan yg dah nak dekat nih. Here saya nak bagitau lah sikit, tentanggggggggg :

One Day One Juzuk or more famous known as ODOJ...

Memang banyak pro dan kontra pasal program ni yang teringin saya kupas dengan seciput ilmu yg ada pada diri ini...




Seperti yg pernah saya cerita in my previous post, sy mmg dah lama nak kongsi satu program di mana atas inisiatif diri sendiri whether we want to do it or not. Lebih-lebih lagi, Ramadhan dekat giler sekarang nih, so i thinks this ODOJ will be the appetizer in enhancing our quality of ibadah in Ramadhan and also insyaAllah throughout our entire life. 


Let me brief u guys, what is ODOJ, and how can we join this program. 


I join this when my cousin approach and he said, "Kim, jom join ODOJ?" , lepas tu i asked what is ODOJ and he briefly told me everything, dan pada mulanya sy sendiri berat hati sebab i told my cousin that im not as fluent as him dalam membaca Al Quran (sebab agak jahil sebenarnya, jarang baca lepas masuk sekolah menengah, astaghfirullah) takut x dapat habiskan membaca satu juzuk dalam sehari dan takut tak dapat nak bagi komitmen masa exam n etc. Tapi, cousin saya still pujuk and dia bagi semangat buat diri ini untuk try and kalu still x habis sblm masa ditetapkan, dia akan tolong. In the end i join, and Alhamdulillah, its been almost 6 month since i join this ODOJ. 


Manhaj(system) ODOJ: 

1.Setiap anggota akan mendapat 1 juz tilawah yang ditentukan oleh admin dan berurutan juz untuk hari berikutnya. Contoh: bila hari 10 mendapat Juz 10 maka besoknya akan bersambung Juz ke 11 dstrusny. Ketentuan ini mungkin berubah bila ada perubahan jumlah anggota. 

2. Bagi yang telah menyelesaikan bacaan juznya, segera melapor ke admin (whatsapp/wechat), lalu berlomba-lomba mengambil juz masih lengang(belum ada org amik jika ahli tidak cukup). 

3. Ahli perlu menghabiskn bacaan juz masing2 adalah sebelum pukul 7 malam. Jika ada ahli ODOJ yang belum melapor/belum selesai tilawah 1 juz, maka sisa halaman akan dibahagi/dibantu oleh ahli lain. Ahli yg mampu menyelesaikannya sila segera maklum kpd admin. 

4.Pukul 8 malam diharapkan semua juz sudah selesai(sejam tambahan diberikan utk habiskn saki baki) 

5.Admin akan menyampaikan laporan lengkap ke group dengan format yang telah ditentukan.

6. Anggota yang membaca Juz 30 jangan lupa membaca doa khatam AlQuran. 

7.Bacaan tilawah hari berikutnya boleh mula malam itu juga setelah semua juz telah lengkap. 

8.Ahli Odoj digalakkan utk share ape y die dapat/rasa drpd bacaan juz diberikan. 


Sabda Nabi: "sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari quran dan mengajarnya". 




Pada mulanya serius, nak habiskan satu juzuk bagi seorang yg jahil macam saya mengambil masa yg agak lama iaitu lebih 2 jam (jika digabungkan semua skali masa pada hari tersebut). Tergagap-gagap dalam membaca kalam Allah. Namun, atas dasar kita hamba dan perkara yg saya lakukan ini satu ibadah, maka saya kuatkan hati membaca dengan berhati2 agar tajwid dan makhraj huruf kalam2 Allah terjaga semampu boleh. Sebab itu, kadang2 cousin sanggup datang dari UTHM semata nak ber-ODOJ bersama di asrama saya. Beliau datang menziarah sambil memeriksa bacaan Al Quran diri ini baik dari segi tajwid dan makhraj huruf. Alhamdulillah, walaupun diri ini jahil, tapi ramai org yg berilmu sanggup mambantu.



Sebenarnya, Al - Quran ni bukan braper banyak kuantiti yang kita baca walaupun mmg benar kalu kita baca dah dapat pahala, TETAPI braper kualiti pembacaan dan pemahaman kita terhadap kalam2 Allah ini?? Kita muhasabah balik diri kita, selama mana kita hidup ni braper banyak surah dalam Al Quran yang kita faham??  Asbabun nuzul dia lagi?? dan braper banyak nasihat dan amaran Allah yg kita faham di dalamnya??



ODOJ mendidik diri setiap kali habis membaca satu juzuk, terjemahan akan menyusul, dan begitulah setiap hari. Para ODOJers digalakkan untuk mentadabbur ayat, dan semua ini saya kira memerlukan ilmu. Ya, mmg benar, jgn menterjemah secara terlampau mendalam jika tiada guru, tetapi cukuplah kita mengambil ibrah dan memahami secara general mengenai apa yg dinyatakan terjemahan, sebab mendalami sesuatu ilmu itu hanya dengan berpandukan kitab dan buku ibarat diri kita berguru dengan syaitan, Nauzubillahiminzalik.



Akhir sekali, diri ini berharap agar RAMADHAN kali ini bakal mentarbiyyah diri yang jahil ini dengan lebih teratur dan moga Allah mengurniakan malam Lailatul Qadr. Alangkah indahnya andai semua itu terjadi, tapi insyaAllah semua itu bukan mustahil andai ikhlas terhadap Allah dapat dipupuk dalam diri ini... Allahuma amin... Ada satu mutiara kata yg menarik perhatian saya sempena Ramadhan kali ini, insyaAllah sama-sama kita ambil iktibar.


"Setiap insan itu ibarat mufti bagi dirinya sendiri. Dia berupaya menutup pintu keburukan dan kerosakan terhadap dirinya. Disebabkan kuasa mufti pada dirinya, dia perlu mematuhi 'fatwa-fatwa' yang dirinya keluarkan untuk menghalang dirinya sendiri daripada terjerumus di dalam perkara-perkara buruk dalam hidup" - anonymous




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
(Lirik lagu Harapan Ramadhan)

InsyaAllah moga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan kali ini dan Allah memberkati setiap ibadah yg kita lakukan dan insyaAllah mengurniakan kita dengan perkara yg paling mulia dalam bulan Ramadhan iaitu Malam Lailatul Qadr InsyaAllah, biiznillah... :D


P/S: Semoga setiap ibadah yg kita lakukan pada bulan Ramadhan akan kekal istiqamah sepanjang hidup ini insyaAllah... Allahumma Amin... Fastabiqul Khairats... 

Yang Benar, 
Hamba Allah, HR