Saturday 15 March 2014

Andai Allah Buka Aib Kita...

Assalamualaikum and Salam Sejahtera... 

Sebenarnya niat hati nak update blog pasal Broga Hill, but kerana minda ni terfikir perkara yg lebih mustahak, maka didahului perkara tersebut daripada Broga... But nevermind, Broga Hill punyer draft dah settle. Melihat tajuk, 'Aib', what do u think? Adakah benar Allah tutup aib kita?? 

Sebelum itu, ada sedikit yg ingin diselingkan sebelum kita kupas tentang aib... 

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un...
Bumi Malaysia diuji dengan pelbagai musibah;
Jerebu,
Kemarau,
Panas yang luar biasa,
Masalah air,
Politik yang semakin menggila,
Kehilangan MH370
Dan yang terbaru,
Maruah Malaysia tercalar di persada dunia kerana kegiatan perbomohan.

Tapi benar, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Disebabkan musibah2 di atas, ramai manusia yang sedar akan pentingnya doa dalam hidup ini. Ad dua' silahul mukmin, doa itu senjata org mukmin, dan Allah berfirman ".... Aku(Allah) perkenankan permohonan org yg berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku..." (2:186). 

Semua yg berlaku itu adalah teguran Allah SWT kepada kita hambaNya. Moga kita semua sedar akan kelalaian kita, dengan keangkuhan kita, bahawa Allah sedang berbicara dengan kita dengan menurunkan segala musibah yg menimpa Malaysia. Astaghfirullah... 

Berbalik kepada tajuk.... 

Aib itu merupakan satu perkara yg amat memalukan, jika diketahui oleh org lain. That is why, manusia sentiasa nak kelihatan baik, hebat, betul, di hadapan manusia lain. Aib ini dapat merubah nilai pandang seorang hamba terhadap seorang hamba yg lain.... MasyaAllah. Moga Allah pelihara aib kita.

Dalam satu hadis Nabi SAW, "Barang siapa yg tutup aib seorang muslim, Allah akan tutup aib dia dunia dan akhirat (termasuk muslim itu diri dia sendiri)"... MasyaAllah... 

Malu kala aib kita dibuka... 


Sejujurnya, saya cuba mendidik hati agar tidak melihat aib pada diri manusia lain, tetapi lihatlah sebaliknya... Benar kata ulama', jika org lain ada 99 kejahatan, dan hanya ada satu kebaikan pada dirinya, maka kita tengok satu kebaikan pada dirinya. Lupakan 99 kejahatan itu, dengan itu, barulah hati ini mudah bersangka baik. Kenapa?? Ini merupakan satu cara bagaimana mengelak penyakit hati: hasad dengki, jealous, buruk sangka, dan sebagainya... 

Allah SWT kurniakan kita manusia dengan DUA MATA, Satu Mata untuk kita lihat kebaikan, kebajikan, kehebatan HAMBA Allah yg LAIN, Satu lagi mata untuk kita lihat keburukan, keaiban, kekurangan dan kelemahan DIRI KITA SENDIRI... Dengan ini, diri kita akan sibuk melihat aib sendiri, maka kita x kan ada masa untuk melihat aib org lain, insyaAllah... 

Ada satu kisah seorang sahabat Rasulullah mengenai aib. Kisah ini merupakan kisah seorang sahabat bernama Abdullah ibnu Mas'ud r.a... Beliau merupakan antara sahabat Rasulullah yg paling awal memeluk Islam, iaitu org yg keenam. Merupakan antara sahabat yang paling amanah dan paling dipercayai Rasulullah SAW. Selepas kewafatan baginda, Abdullah Ibn Mas'ud antara seorg alim dan faqih yg menjadi rujukan org2 kufah secara amnya. 

Pada suatu hari, Abdullah Ibn Mas'ud keluar dari rumahnya, dan para pengikutnya dia telah ramai yg menunggu di luar rumah, dan apabila Abdullah Ibn Mas'ud keluar dari rumah, maka semua pengikut beliau  mengekori beliau dari belakang. Melihat perkara ini, maka Abdullah pun berkata kepada org yg mengikutnya "Jika Allah Swt Yg Sattar, Yg Alim, (maha penutup segala aib dan maha mengetahui) membuka aib apa yg aku lakukan disebalik pintu/ tabir (dalam rumahnya), sudah tentu tak akan ada seorang pun antara kamu yg akan mengikut aku" - MasyaAllah, sahabat Rasulullah yg alim pun x terlepas dari merasa aib dalam hidup, inikan pula kita yg kerap melakukan dosa... 

Melalui kisah ini, kita sedar bahawa dalam hidup ini betapa Allah pelihara aib seorang hambaNya baik yg taat padaNya mahupun yg ingkar padaNya... Thats why, i think we should realize how Allah love us. 

Teringat satu firman Allah dlm Surah Ali Imran ayat 110;
"Kamu(umat muhammad) adalah umat yg terbaik yg dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yg makruf, mencegah dari yg mungkar, dan beriman kepada Allah.... " 

Maulana Muhammad (From South Africa) yg datang ke KSJ awal tahun ini ada mengatakan, kita amat beruntung dilahirkan dalam kalangan umat Muhammad berbanding umat Nabi2 yg lain, because pada hari akhirat nanti, hanya Muhammad SAW mampu memberi syafaat compare to other prophet, but to be in that umat we need to fulfill three condition, iaitu menyuruh kepada yg makruf, mencegah dari yg mungkar, dan beriman kepada Allah... MasyaAllah, moga Allah membantu kita kekal beriman di jalanNya... 

Thats why pentingnya husnudzon dalam diri ini, agar hati ini tidak suuzon dengan Hamba Allah yg lain.   Benar, iman kita memang sentiasa menurun dan meningkat, thats why kita perlu mengelak perkara yang boleh membawa penyakit hati, iaitu suuzon dengan hamba Allah yg lain... Buruk sangka hanya akan merosakkan hati, jiwa, dan juga amal yang kita lakukan... Dalam Tazkiyatun Nafs, disebut bahawa dosa anggota itu bermula dengan dosa hati... Allahu... InsyaAllah, moga Allah pelihara aib dan amal kita dengan RahmatNya.... 

Syukur ke hadrat ilahi, ramai sahabat yg kerap memberi peringatan dan teguran dalam hidup ini, moga sahabat sekalian dipermudah Allah untuk berjaya di dunia dan akhirat, biiznillah, insyaAllah... 

Benar kata seorang sahabat, mungkin sikap atau perangai buruk yg ada dalam diri seorang hamba sekarang berpunca tak lain dan tak bukan kesan dari dosa-dosa lama iaitu maksiat yang pernah diri ini lakukan, menyebabkan hati kita sakit dan hampir mati.... :( :( :( Astaghfirullah... 

Sekarang diri ini berpegang pada kata ulama', "Taubat untuk maksiat itu cukup sekali, TAPI taubat untuk ketaatan perlukan seribu kali taubat".... 

Pintu yang paling luas dalam ISLAM ialah pintu TAUBAT.... 


P/s: Same goes to me, jika Allah SWT membuka aib yang ada pada diri saya, maka setiap org yg mengenali diri ini akan beratur, berbaris meludah ke wajah saya... Inilah keindahan dan kehebatan Allah menutup aib seorg hamba yg kerap melakukan dosa... Astaghfirullah... 

Yang Benar:
Hamba Allah, Hakim...