Assalamualaikum and Salam Sejahtera...
Salam buat junjungan besar Muhammad SAW...
Terbantut seketika untuk bercerita mengenai ODOJ dan prog kelas baru2 nih...
Memang benar kata orang kalu hati sedih bercampur rindu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini...
Im so sad... |
Kalau Emak, ayah, abang, kakak dan adik dekat dengan diri ini sekarang alangkah seronoknya...
My family members will not let me down like this, there will be a lot of advice that will enter my ears straight to my eardrums... Allah, i miss the moment where my father will ask his son(me), is there something u want to share with me abang(nickname kat rumah)?? Ayah tgk riak wajah and perbuatan kita, dah tahu dah yg kita ni dilanda masalah. I really miss that moment where he listened to my problem and adviced me with something that is can soothe my heart and i always believe with his opinion. Ayah ni biasa lah kan, bak kata org dah byk makan garam, so opinion dorang slalunya terbaikkk.
Emak pulak, crita lah aper pun kat dia, she will always listen n give her opinions like 'machine gun', hahaha, sedih pulak mak kalu dia tahu anak dia ni ckp cnggitu, but thats my mom and i love the way she is... BUT i always prefer to share my problem with my dad... Coz my mom just like a lot of other mothers out there, always berleter dengan kenakalan anak-anak dia, but that nagging will make u cry whenever u far from her.
'Abang', slalu betul i gaduh with them while i still in my primary school, like cats and dogs. hahaha, but my brothers, after they enter secondary school, mereka selalu beralah dengan kenakalan adik-adik. Tak pernah nak pukul or ambil hati lelama dengan ketidakmatangan adik yang memang setaun jagung... Selalu benar menghulur dan menyalur bantuan kewangan pada diri ini kala diminta mahupun tidak diminta... That is the best part of my brother, hahaha, n i miss them too...
'Kakak', the best part of my kakak is that, they will not allow their younger brothers buat sesuatu yg terlampau sukar sendirian. I mean like gosok baju sekolah, basuh baju, and aper2 yg berkaitan dengan kerja rumah walaupun emak suruh buat, but my sisters wil always back up me and my younger brothers, she will said let akak do this on behalf of us... How i miss them so much...
'Adik', kalu tgk nama or dgr nama org yg start dengan fizul, zul n so on, i will always think about my brother. Teringat adik sy nama ifizul ain ni, kalu ader something mesti nak tanya opinion or minta tolong sy, "Abg Kim yg mcm ni okay x?" "Abg Kim nanti teman sy p beli tu, beli ni... "... Alahai, tu lar kalu ader adik, seronok dengan dorang yg berharap pada kita.... And my youngest brother, the most silent guy in the world, bercakap hanya bila perlu sahaja. My mom always berleter dengan perangai dia yg sgt kurang bercakap, and have a very small voice, x suka menjerit and very contra with me, his oniisan (older brother)...
Inilah keluarga...
Dalam kesedihan hati ini, saya ingin menghuraikan sedikit perkara mengenai keluarga, semoga bermanfaat buat diri ini yg amat rindu dengan emak dan ayah...
Islam amat menekankan silaturahim sesama umat manusia apatah lagi sesama ahli keluarga yang sedarah dan seiman...
Rasulullah (saw) bersabda : "Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan."
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)
Betapa Islam yg dibawa Muhammad SAW menekan prinsip silaturahim dalam kekeluargaan... Allah ak rindu dengan mereka...
Tiada hak yang lebih besar setelah hak Allah dan RasulNya melebihi hak ibu bapa... MasyaAllah, di mana tempat kita ketika ini, redhakah ibu bapa dengan perbuatan kita selama kita hidup di dunia??
Ada satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat bertanya pada Rasulullah,
"Ya Rasulullah, saya bawa ibu saya dengan saya dokong untuk pergi ke haji daripada Yaman, kemudian tawaf, semua saya bawa, semua saya uruskan, sampai selesai haji... Adakah saya sudah membalas jasa dan budi baik ibu saya?? "
Jawab baginda Rasulullah, "Apa yang kamu buat itu belum menyamai satu hembusan nafas ibu kamu ketika hendak melahirkan kamu..." MasyaAllah...
Kata ulama, perjuangan seorang ibu ketika melahirkan anak adalah antara mati dengan hidup. Betapa ibu dan bapa amat berjasa dalam hidup seorang anak...
Dalam hadis yang lain,
Rasulullah saw bersabda,“Semulia-mulia amalan ialah solat tepat pada waktunya dan berbuat baik (taat dan patuh) kepada kedua-dua ibu bapa.”
(Riwayah Muslim, dalam kitab al_Iman, No Hadis: 123)...
Indahnya Islam itu sehingga agama Islam ini menggariskan bahawa berbuat baik, taat dan patuh kepada ibu bapa adalah antara semulia-mulia amalan.
Sabda Rasulullah saw sebagaimana diriwayatkan Abu Dawud daripada Abi Asid, beliau berkata, “Saya berada di sisi Rasulullah saw, tiba-tiba datang kepada baginda seorang lelaki Ansar, lalu bertanya, “ Wahai Rasulullah saw, apakah masih ada lagi kebaikan yang perlu saya lakukan selepas kematian kedua-dua orang tuaku?”
Lantas Rasulullah menjawab, “Ya, sentiasalah berdoa untuk mereka, sentiasa beristigfar bagi mereka, tunaikanlah janji/wasiat serta pesanan mereka setelah kematian mereka, memuliakan sahabat handai mereka, hubungkanlah silaturahim yang disebabkan oleh mereka, itulah apa yang perlu engkau lakukan sebagai sebahagian daripada bentuk berbuat baik kepada mereka selepas kematian mereka.”
Allah, beratnya pundak ini menanggung ujian dariMu...
Banyak pulak masa sy nak melayan kesedihan hati ni... Kadang kala, ader sahabat yg dalam kesedihan, sy cadangkan mereka utk menghayati bait2 kalam Allah dalam Surah Ad-Dhuha. Dalam ceramah syeikh Tawfique Chawdhury, beliau mengatakan bahawa, Surah Ad-Dhuha diturunkan oleh Allah ketika Rasulullah berasa sedih yg amat sangat setelah tiada wahyu yg turun daripada Allah selama 6 bulan kepada baginda, dan ulama cakap, baginda merasakan dan berfikir bahawa Allah tidak mahu dirinya menjadi Nabi lagi, dan Allah membenci diri baginda... Setelah itu Allah turunkan Surah Ad- Dhuha, untuk menjadi pengubat hati Rasulullah (asbabun nuzul)...
I know, although im far from my parents and family, i believe they always pray the best for me. I know, Allah will heal this feeling, and i believe Allah turunkan ujian ni sebab Allah sayangkan saya, and He want to see my Iman handling all this problem that i have... Astaghfirullah...
InsyaAllah, Moga ALLAH pelihara hati ini dalam mentaatiNya, RasulNya, dan ibubapaku...
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati =)
P/s: Moga bermanfaat buat diri ini dalam kehidupan berkeluarga dan masih mempunyai ibu bapa dan saya percaya bagi ibu atau bapa sahabat2 yang telah meninggal dunia, sesungguhnya ada sesuatu yg boleh kita buat untuk mereka di alam sana... InsyaAllah...