Friday, 20 June 2014

Stop Judging and Start Moving!!

Alhamdulillah...

Allah beri peluang untuk kita terus hidup dan terus bertaubat atas segala dosa dan maksiat yg kita lakukan... 

Memang benar kata ulama', taubat untuk maksiat cukup sekali, dan taubat untuk ketaatan perlukan beribu-ribu kali taubat... 


Bukan senang seseorangyg pernah buat berbagai dosa ingin kembali ke jalan fitrah yg Allah dah tetapkan sejak azali. Hidayah itu milik Allah, tetapi, ada saja mulut-mulut yg kerap mengutuk dan mencela mengatakan bahawa perubahan org yg mereka lihat selalu melakukan dosa ini hanyalah lakonan semata-mata. Jangan lihat masa silam seseorang seperti kita x pernah buat dosa bro-bro dan akak-akak sekalian. Xtau nak cakap aper dah... 

"Tiada ulama' yg tidak pernah mempunyai masa silam, dan tidak ada pendosa yg tidak mempunyai masa depan" - (pernah terbaca... haha) 


Luahan hati adik kadang2 sedih jugak telinga kita ni mendengarnya... But its okay, semakin kita cuba mengejar iman, semakin Allah uji kita sebab nak tgk iman kita di tahap mana? Redha kah kita dgn segala yg Allah tetapkan? 

Adik pernah tulis:

“Jangan bandingkan ujian orang lain dengan ujian kau. Setiap orang tak sama. Alangkan saiz kasut, saiz baju pun berbeza-beza, inikan ujian dari Allah.”

Kau beruntung kau lahir dari keluarga yang taat mengamalkan ajaran Islam,
Tapi dia?
Dia dilahirkan dari keluarga yang jauh tersasar dari ajaran Islam.
Namun, dia masih berusaha mendalami Islam sedaya upaya.


Kau beruntung kau diajar hukum hakam agama dan membaca al-Quran sejak kecil lagi,
Tapi dia?
Dia mula mengenal hukum dan membaca al-Quran apabila belajar di sekolah.
Tapi itu tidak mematahkan semangat dia mendalami Islam.


Kau beruntung kau menuntut ilmu di sekolah agama sejak kecil,
Tapi dia?
Sejak kecil dia dihantar ke sekolah cina untuk menuntut ilmu.
Tapi dia tidak pernah lupa bahawa dia seorang Muslim.


Kau beruntung kau punya teman yang kerap mengajak kearah kebaikan.
Tapi dia?
Sangat kurang teman yang boleh mengingatkan dia kepada Allah.
Lantas dia memilih menjadi teman yang mengingatkan temannya ke jalan Allah. 


Kau beruntung, kau diberi semuanya.
Namun begitu kau jarang kali bersyukur.
Dia banyak kali diuji dalam kehidupannya,
tapi dia masih tetap bersabar.


Tujuan kita mungkin sama,
tetapi cabaran tetap berbeza.
Disaat kau ‘berjalan’ menempuh perjalanan hidup kau,
Dia ‘berlari’ menempuh perjalanan hidupnya.


Di lautan pasti ada ombak mendatang,
Terkadang ada yang kecil ada juga yang besar.
Namun kita mesti teruskan berenang,
Jangan sampai lemas tenggelam."



Perubahan ni kalau nak dianalogikan sangat simple dan mudah... 

"Dia baru nak jadi baik, janganlah over sangat mengkritik."

"Contohnya, awak baru tanam ubi 5 minit tadi,
pastu awak jerit kat ubi yg awak baru tanam, "Wei,cepatlah jadi ubi, aku lapar ni!".


P/s: Walau aper pun org nak kata, I love my family. Iman itu bukan dapat diwarisi. Lets stop judging and start moving!! Ramadhan tinggal 7 hari jer lagi... Fastabiqul khairats!! 

Wednesday, 18 June 2014

Will I Survive Till This Ramadhan??

Assalamualaikum and Salam Sejahtera... 
Selawat ke atas junjungan besar Penghulu segala Nabi dan Rasul Muhammad SAW...

Actually-kan, banyak giler benda yg dah berlaku lepas the last time i updated this blog. There are too much to be story-mory here; blog yg hanya di-updates untuk meyimpan seciput tarbiyah untuk diri sendiri. So, this time i plan to share about perkara yg ramai umat Islam ternanti-nanti in lebih kurang 10 hari lagi (from the dates this blog update)

that

is

RAMADHAN...

Bulan yang paling mulia dalam Islam. Bulan di mana ibadat kita akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda. Subhanallah...
Dalam satu hadis qudsi, Nabi bersabda :

"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .



Mendengar sahaja RAMADHAN, adakah diri kita semua sudah bersedia untuk menyambut kedatangan 'tetamu' yg amat mulia ini? Adakah amal kita akan kekal seperti bulan-bulan lain sebelum Ramadhan? Dapatkah kita mendidik diri kita untuk lebih berdisiplin dan istiqamah dengan mutabaah amal (rutin amal) yg kita rancang? Adakah kita bakal bertemu dengan malam yg lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadr? Wallahualam.



Pelbagai persoalan muncul di minda dan persoalan-persoalan ini semua berkaitan dengan tarbiyyah dalam mendidik diri kita untuk lebih kuat, istiqamah, dan hebat dalam beribadah kepada Allah. Di bulan Ramadhan inilah di mana kita depends hampir seratus peratus dengan iman diri sendiri untuk bertahan dengan pelbagai dugaan dan cabaran baik physically or mentally and even spiritually. Di sinilah tarbiyyah yg paling baik bakal berlaku, iaitu mentarbiyyah diri sendiri untuk melawan segala gejolak nafsu dan tabiat buruk dalam hidup. Apa sahaja tabiat buruk yg kita lakukan sebelum ini, Ramadhan akan mendidik kita untuk melawannya dan meninggalkan setiap perbuatan tersebut agar puasa dan segala ibadat kita sentiasa berkualiti dan insyaAllah diterima Allah azzawajalla.



Ramai para ulama' dan para ustaz yg telah menyarankan pelbagai persediaan yg boleh kita lakukan untuk menyambut bulan Ramadan yg mulia ini. Saya tertarik dengan guideline pendek yg dicadangkan oleh Ustaz Suleiman Salem. Beliau menyarankan 4 guideline betul-betul mudah dan boleh dipraktikkan oleh semua orang.


Credit to website http://www.iluvislam.com/



Okay, ni mmg malas dah nak bermadah bicara sangat, let straight to the first step that is kita perlu menetapkan niat yang betul-betul ikhlas dan kuat untuk memanfaatkan bulan Ramadan kali ini dengan segala keberkatan yang Allah berikan. "Innamal a'malu binniat", setiap amal yg kita lakukan bermula dengan niat. Baik niat kita, maka baik lah amal yg bakal kita lakukan, jika buruk niat kita, maka buruklah amalan yg bakal kita lakukan. Nilai ikhlas dalam perbuatan, amat tinggi di sisi Allah, dan perkara ini menjadi rahsia mutlak Allah SWT hatta para malaikat sekalipun turut tidak dapat mengenal pasti keikhlasan hamba-hamba Allah itu. InsyaAllah, kita akan belajar didik iman dan amal kita agar ikhlas dalam setiap perbuatan dan kita berdoa pada Allah moga Allah mengurniakan ikhlas dalam hati kita dalam melakukan ibadah terhadapNya...


Langkah kedua, Ustaz Suleiman Salem mengatakan, kita berdoa pada Allah agar mempertemukan Ramadhan kali ini dengan kita, moga kita sempat mengharungi dan memanfaatkan Ramadhan kali ini, insyaAllah and biiznillah. Nabi Muhammad SAW pernah mengajar doa yg boleh kita amalkan dalam menunggu kedatangan Ramadhan ini.

Doa menunggu kedatangan Ramadhan

Berapa ramai manusia yg kita kenal tahun ini x sempat pun untuk merasai nikmat Ramadhan al mubarak. Sungguh andai Allah berkenan memanjangkan umur kita dalam mengharungi hidup ini, insyaAllah kita akan sekali lagi merasai nikmat beribadat di bulan Ramadhan. Kita hamba x boleh nak jamin apa2, mungkin tahun ini kita sempat menyambut Ramadhan, TAPI adakah kita boleh menjamin nyawa ini akan kekal pada tahun seterusnya dan seterusnya. Esok matahari memang akan terbit seperti biasa, tapi kita kena sentiasa tanamkan dalam minda bahawa NYAWA itu milik Allah. Semoga kita beroleh kekuatan untuk memanfaat bulan Ramadhan dalam memperbaiki amal ibadah dalam diri ini.


Ketiga, kata Ustaz Suleiman Salem lagi, berpuasa sunatlah dalam kita menunggu Ramadhan agar kita bersedia physically and spiritually untuk ibadat besar itu nanti. Bagi sesiapa yang masih belum mengqada'kan puasa bagi puasa tahun-tahun yg lepas, maka eloklah sekiranya digantikan dengan kadar segera disamping puasa-puasa itu bolen menjadi latihan buat diri dalam melakukan persediaan untuk berpuasa di Bulan Ramadhan yg berbaki kurang 2 minggu.


Akhir sekali, Ustaz Suleiman mengatakan bacalah Al- Quran sebanyak mungkin dan dekatkanlah diri ini dengan kalam Allah iaitu Al-Quran. Semakin kita membaca dan menghayati bait-bait kalam Allah di dalam Al-Quran, semakin Allah menanamkan iman di dalam hati kita. Iman ini bukan sesuatu yg kita warisi dari keturunan mahupun orang tua, tapi iman dalam diri ini perlu diusahakan agar kemanisan itu dapat kita rasai. Disebabkan itulah, tingkat iman yang paling tinggi apabila kita berjaya memperoleh halawatul iman (kemanisan iman). Iman di tingkat ini menyebabkan ibadat menjadi suatu keseronokan, hati terdidik dengan tarbiyyah kemanisan Islam, dan cinta pada Allah dan rasul melebihi segala isi yg ada di langit dan di bumi.

Cerita pasai Al Quran, ni nak habaq mai, ada satu program yang saya nak crita cikit sempena Bulan Ramadhan yg dah nak dekat nih. Here saya nak bagitau lah sikit, tentanggggggggg :

One Day One Juzuk or more famous known as ODOJ...

Memang banyak pro dan kontra pasal program ni yang teringin saya kupas dengan seciput ilmu yg ada pada diri ini...




Seperti yg pernah saya cerita in my previous post, sy mmg dah lama nak kongsi satu program di mana atas inisiatif diri sendiri whether we want to do it or not. Lebih-lebih lagi, Ramadhan dekat giler sekarang nih, so i thinks this ODOJ will be the appetizer in enhancing our quality of ibadah in Ramadhan and also insyaAllah throughout our entire life. 


Let me brief u guys, what is ODOJ, and how can we join this program. 


I join this when my cousin approach and he said, "Kim, jom join ODOJ?" , lepas tu i asked what is ODOJ and he briefly told me everything, dan pada mulanya sy sendiri berat hati sebab i told my cousin that im not as fluent as him dalam membaca Al Quran (sebab agak jahil sebenarnya, jarang baca lepas masuk sekolah menengah, astaghfirullah) takut x dapat habiskan membaca satu juzuk dalam sehari dan takut tak dapat nak bagi komitmen masa exam n etc. Tapi, cousin saya still pujuk and dia bagi semangat buat diri ini untuk try and kalu still x habis sblm masa ditetapkan, dia akan tolong. In the end i join, and Alhamdulillah, its been almost 6 month since i join this ODOJ. 


Manhaj(system) ODOJ: 

1.Setiap anggota akan mendapat 1 juz tilawah yang ditentukan oleh admin dan berurutan juz untuk hari berikutnya. Contoh: bila hari 10 mendapat Juz 10 maka besoknya akan bersambung Juz ke 11 dstrusny. Ketentuan ini mungkin berubah bila ada perubahan jumlah anggota. 

2. Bagi yang telah menyelesaikan bacaan juznya, segera melapor ke admin (whatsapp/wechat), lalu berlomba-lomba mengambil juz masih lengang(belum ada org amik jika ahli tidak cukup). 

3. Ahli perlu menghabiskn bacaan juz masing2 adalah sebelum pukul 7 malam. Jika ada ahli ODOJ yang belum melapor/belum selesai tilawah 1 juz, maka sisa halaman akan dibahagi/dibantu oleh ahli lain. Ahli yg mampu menyelesaikannya sila segera maklum kpd admin. 

4.Pukul 8 malam diharapkan semua juz sudah selesai(sejam tambahan diberikan utk habiskn saki baki) 

5.Admin akan menyampaikan laporan lengkap ke group dengan format yang telah ditentukan.

6. Anggota yang membaca Juz 30 jangan lupa membaca doa khatam AlQuran. 

7.Bacaan tilawah hari berikutnya boleh mula malam itu juga setelah semua juz telah lengkap. 

8.Ahli Odoj digalakkan utk share ape y die dapat/rasa drpd bacaan juz diberikan. 


Sabda Nabi: "sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari quran dan mengajarnya". 




Pada mulanya serius, nak habiskan satu juzuk bagi seorang yg jahil macam saya mengambil masa yg agak lama iaitu lebih 2 jam (jika digabungkan semua skali masa pada hari tersebut). Tergagap-gagap dalam membaca kalam Allah. Namun, atas dasar kita hamba dan perkara yg saya lakukan ini satu ibadah, maka saya kuatkan hati membaca dengan berhati2 agar tajwid dan makhraj huruf kalam2 Allah terjaga semampu boleh. Sebab itu, kadang2 cousin sanggup datang dari UTHM semata nak ber-ODOJ bersama di asrama saya. Beliau datang menziarah sambil memeriksa bacaan Al Quran diri ini baik dari segi tajwid dan makhraj huruf. Alhamdulillah, walaupun diri ini jahil, tapi ramai org yg berilmu sanggup mambantu.



Sebenarnya, Al - Quran ni bukan braper banyak kuantiti yang kita baca walaupun mmg benar kalu kita baca dah dapat pahala, TETAPI braper kualiti pembacaan dan pemahaman kita terhadap kalam2 Allah ini?? Kita muhasabah balik diri kita, selama mana kita hidup ni braper banyak surah dalam Al Quran yang kita faham??  Asbabun nuzul dia lagi?? dan braper banyak nasihat dan amaran Allah yg kita faham di dalamnya??



ODOJ mendidik diri setiap kali habis membaca satu juzuk, terjemahan akan menyusul, dan begitulah setiap hari. Para ODOJers digalakkan untuk mentadabbur ayat, dan semua ini saya kira memerlukan ilmu. Ya, mmg benar, jgn menterjemah secara terlampau mendalam jika tiada guru, tetapi cukuplah kita mengambil ibrah dan memahami secara general mengenai apa yg dinyatakan terjemahan, sebab mendalami sesuatu ilmu itu hanya dengan berpandukan kitab dan buku ibarat diri kita berguru dengan syaitan, Nauzubillahiminzalik.



Akhir sekali, diri ini berharap agar RAMADHAN kali ini bakal mentarbiyyah diri yang jahil ini dengan lebih teratur dan moga Allah mengurniakan malam Lailatul Qadr. Alangkah indahnya andai semua itu terjadi, tapi insyaAllah semua itu bukan mustahil andai ikhlas terhadap Allah dapat dipupuk dalam diri ini... Allahuma amin... Ada satu mutiara kata yg menarik perhatian saya sempena Ramadhan kali ini, insyaAllah sama-sama kita ambil iktibar.


"Setiap insan itu ibarat mufti bagi dirinya sendiri. Dia berupaya menutup pintu keburukan dan kerosakan terhadap dirinya. Disebabkan kuasa mufti pada dirinya, dia perlu mematuhi 'fatwa-fatwa' yang dirinya keluarkan untuk menghalang dirinya sendiri daripada terjerumus di dalam perkara-perkara buruk dalam hidup" - anonymous




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
(Lirik lagu Harapan Ramadhan)

InsyaAllah moga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan kali ini dan Allah memberkati setiap ibadah yg kita lakukan dan insyaAllah mengurniakan kita dengan perkara yg paling mulia dalam bulan Ramadhan iaitu Malam Lailatul Qadr InsyaAllah, biiznillah... :D


P/S: Semoga setiap ibadah yg kita lakukan pada bulan Ramadhan akan kekal istiqamah sepanjang hidup ini insyaAllah... Allahumma Amin... Fastabiqul Khairats... 

Yang Benar, 
Hamba Allah, HR

Monday, 26 May 2014

Kala Hati Rindu Dan Sedih...

Assalamualaikum and Salam Sejahtera... 
Salam buat junjungan besar Muhammad SAW...

Terbantut seketika untuk bercerita mengenai ODOJ dan prog kelas baru2 nih... 

Memang benar kata orang kalu hati sedih bercampur rindu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini... 

Im so sad... 


Kalau Emak, ayah, abang, kakak dan adik dekat dengan diri ini sekarang alangkah seronoknya... 
My family members will not let me down like this, there will be a lot of advice that will enter my ears straight to my eardrums... Allah, i miss the moment where my father will ask his son(me), is there something u want to share with me abang(nickname kat rumah)?? Ayah tgk riak wajah and perbuatan kita, dah tahu dah yg kita ni dilanda masalah. I really miss that moment where he listened to my problem and adviced me with something that is can soothe my heart and i always believe with his opinion. Ayah ni biasa lah kan, bak kata org dah byk makan garam, so opinion dorang slalunya terbaikkk.



Emak pulak, crita lah aper pun kat dia, she will always listen n give her opinions like 'machine gun', hahaha, sedih pulak mak kalu dia tahu anak dia ni ckp cnggitu, but thats my mom and i love the way she is... BUT i always prefer to share my problem with my dad... Coz my mom just like a lot of other mothers out there, always berleter dengan kenakalan anak-anak dia, but that nagging will make u cry whenever u far from her.


'Abang', slalu betul i gaduh with them while i still in my primary school, like cats and dogs. hahaha, but my brothers, after they enter secondary school, mereka selalu beralah dengan kenakalan adik-adik. Tak pernah nak pukul or ambil hati lelama dengan ketidakmatangan adik yang memang setaun jagung... Selalu benar menghulur dan menyalur bantuan kewangan pada diri ini kala diminta mahupun tidak diminta... That is the best part of my brother, hahaha,  n i miss them too...


'Kakak', the best part of my kakak is that, they will not allow their younger brothers buat sesuatu yg terlampau sukar sendirian. I mean like gosok baju sekolah, basuh baju, and aper2 yg berkaitan dengan kerja rumah walaupun emak suruh buat, but my sisters wil always back up me and my younger brothers, she will said let akak do this on behalf of us... How i miss them so much...


'Adik', kalu tgk nama or dgr nama org yg start dengan fizul, zul n so on, i will always think about my brother. Teringat adik sy nama ifizul ain ni, kalu ader something mesti nak tanya opinion or minta tolong sy, "Abg Kim yg mcm ni okay x?" "Abg Kim nanti teman sy p beli tu, beli ni... "... Alahai, tu lar kalu ader adik, seronok dengan dorang yg berharap pada kita.... And my youngest brother, the most silent guy in the world, bercakap hanya bila perlu sahaja. My mom always berleter dengan perangai dia yg sgt kurang bercakap, and have a very small voice, x suka menjerit and very contra with me, his oniisan (older brother)...



Inilah keluarga... 

Dalam kesedihan hati ini, saya ingin menghuraikan sedikit perkara mengenai keluarga, semoga bermanfaat buat diri ini yg amat rindu dengan emak dan ayah... 

Islam amat menekankan silaturahim sesama umat manusia apatah lagi sesama ahli keluarga yang sedarah dan seiman... 


Rasulullah (saw) bersabda : "Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan."
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)


Betapa Islam yg dibawa Muhammad SAW menekan prinsip silaturahim dalam kekeluargaan... Allah ak rindu dengan mereka... 


Tiada hak yang lebih besar setelah hak Allah dan RasulNya melebihi hak ibu bapa... MasyaAllah, di mana tempat kita ketika ini, redhakah ibu bapa dengan perbuatan kita selama kita hidup di dunia?? 


Ada satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat bertanya pada Rasulullah, 
"Ya Rasulullah, saya bawa ibu saya dengan saya dokong untuk pergi ke haji daripada Yaman, kemudian tawaf, semua saya bawa, semua saya uruskan, sampai selesai haji... Adakah saya sudah membalas jasa dan budi baik ibu saya?? "

Jawab baginda Rasulullah, "Apa yang kamu buat itu belum menyamai satu hembusan nafas ibu kamu ketika hendak melahirkan kamu..." MasyaAllah... 


Kata ulama, perjuangan seorang ibu ketika melahirkan anak adalah antara mati dengan hidup. Betapa ibu dan bapa amat berjasa dalam hidup seorang anak... 

Dalam hadis yang lain, 
Rasulullah saw bersabda,“Semulia-mulia amalan ialah solat tepat pada waktunya dan berbuat baik (taat dan patuh) kepada kedua-dua ibu bapa.” 
(Riwayah Muslim, dalam kitab al_Iman, No Hadis: 123)...

Indahnya Islam itu sehingga agama Islam ini menggariskan bahawa berbuat baik, taat dan patuh kepada ibu bapa adalah antara semulia-mulia amalan.

Sabda Rasulullah saw sebagaimana diriwayatkan Abu Dawud daripada Abi Asid, beliau berkata, “Saya berada di sisi Rasulullah saw, tiba-tiba datang kepada baginda seorang lelaki Ansar, lalu bertanya, “ Wahai Rasulullah saw, apakah masih ada lagi kebaikan yang perlu saya lakukan selepas kematian kedua-dua orang tuaku?” 

Lantas Rasulullah menjawab, “Ya, sentiasalah berdoa untuk mereka, sentiasa beristigfar bagi mereka, tunaikanlah janji/wasiat serta pesanan mereka setelah kematian mereka, memuliakan sahabat handai mereka, hubungkanlah silaturahim yang disebabkan oleh mereka, itulah apa yang perlu engkau lakukan sebagai sebahagian daripada bentuk berbuat baik kepada mereka selepas kematian mereka.” 


Allah, beratnya pundak ini menanggung ujian dariMu... 

Banyak pulak masa sy nak melayan kesedihan hati ni... Kadang kala, ader sahabat yg dalam kesedihan, sy cadangkan mereka utk menghayati bait2 kalam Allah dalam Surah Ad-Dhuha. Dalam ceramah syeikh Tawfique Chawdhury, beliau mengatakan bahawa, Surah Ad-Dhuha diturunkan oleh Allah ketika Rasulullah berasa sedih yg amat sangat setelah tiada wahyu yg turun daripada Allah selama 6 bulan kepada baginda, dan ulama cakap, baginda merasakan dan berfikir bahawa Allah tidak mahu dirinya menjadi Nabi lagi, dan Allah membenci diri baginda... Setelah itu Allah turunkan Surah Ad- Dhuha, untuk menjadi pengubat hati Rasulullah (asbabun nuzul)... 


I know, although im far from my parents and family, i believe they always pray the best for me. I know, Allah will heal this feeling, and i believe Allah turunkan ujian ni sebab Allah sayangkan saya, and He want to see my Iman handling all this problem that i have... Astaghfirullah... 


InsyaAllah, Moga ALLAH pelihara hati ini dalam mentaatiNya, RasulNya, dan ibubapaku...
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati =)


P/s: Moga bermanfaat buat diri ini dalam kehidupan berkeluarga dan masih mempunyai ibu bapa dan saya percaya bagi ibu atau bapa sahabat2 yang telah meninggal dunia, sesungguhnya ada sesuatu yg boleh kita buat untuk mereka di alam sana... InsyaAllah... 

Saturday, 26 April 2014

Malacca Conquered by Elecsysian!!

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yg Dia kurniakan...

Selawat ke atas junjungan besar Muhammad SAW...

Malacca... Tempat tersimpannya seribu satu sejarah mengenai semenanjung Malaysia...
Now let me 'story-mory' to u guys about this trip... 

Seperti kata sahabat saya Huda, she really enjoy the trip although that journey is very tiresome but its worth it, Alhamdulillah... So do me, Fizul, Zaharah and all other participants in "Elecsys Alam and Sejarah" programme; we really enjoy this trip to the fullest. 

Elecsysians in "Elecsys Alam and Sejarah"...


Actually kan, aper yg best sangat nya kat Melaka nih??? It it really because of the history? Is it because of the animals? Is it because of the shopping complex there? is because of the people who live there?or because we are coming there? All these questions, if asked to all the the participants, for sure we will get different answers... Each one of them have different intentions, only Allah knows better...

Actually its depends on how we feel at the moment and how we enjoy the moment though... 

Personally for me, i join this kind of activity so that ukhwah between me n my classmates or coursemate generally can be enhance for the sake of Allah... Wallahi, after learning Islam deeper, i always hold on to one principle of mine based on one hadith, that is "Innamal a'maalu binniat", that means every deeds that we do, it must start with intentions (niat), and that intentions or 'niat' we must do it for the sake of Allah SWT only... May Allah accept us during that trip... 

Okay, I just wanna share a bit of my feeling about the trip, and the details of the trip, u guys can click to the link in the end of this post. InsyaAllah... 

Okay, at malacca, we visited 3 places, that is Pantai Tanjung Bidara, Zoo Melaka, and lastly Bandar Hilir Melaka. Two most important things in this post were the keywords used, that are 'Alam' and 'Sejarah'… 'Alam' di sini merujuk pada environment that is more to flora dan fauna(Pantai dan Zoo) while 'Sejarah' merujuk pada Bandar Hilir Melaka that leave a thousand of ancient malay history. 

Apa yg saya dapat dari trip ni, x dapat nak ditulis kesemuany di sini, tapi i know that this moment of memory at Malacca with my friends, i will never forget it. It such a lovely experience that far from all the hustle and bustle of KL and all the university assignments. 

Masa dekat pantai, the first place that we go, i talk to people about environment. That one of the mission that given to us by Pengarah program, and it remind me of street da'wah. I try t apply every skills that i learnt from Ust Firdaus Wong about how to approach people, in a way that the "mad'u"(sasaran dakwah) will listen to what we are trying to convey. 

Let me share with u guys, the magic words that i used to approach people at the  beach, :


"Assalamualaikum, okay tuan/puan im not trying to sell anything or asking for donations, but im just wanna give this pamplet to u, (sambil tangan menghulur pamplet, try to brief the contains of the pamplet)" - By doing this, sasaran kita or mad'u kita akan memberi peluang untuk kita bercakap dan mendengar at least sedikit mesej yg kita cuba sampaikan. Lagi satu, orang Malaysia ni, dorang paling x suka direct seller type people ni dan orang yang minta derma. That is the reality. Lepas tu, sambil-sambil explain sikit pasal contain pamplet, saya ask the name of the mad'u. Why ask name?? Sebab, secara psikologi, bila kita start the conversation with strangers, if we know their name, it will develop trust between daie(pendakwah) dan mad'u, plus manusia ni x akan rasa kita ni strangers sangat, if we know their names. 

*Macam poyo pulak, padahal nak distribute pamplet sayangi alam sekitar jer* Hahahaha 

Geng-geng 1st year... 

View of Pantai Tanjung Bidara

Model Elecsys; Nazrin - Boleh buat cover novel cintan-cintun ni :p

Xderlah, sebenarnya, how to approach people or specifically strangers ni penting, coz setiap umat Islam ini adalah daie. So, kalu kita segan tahap gaban nak approach orang ramai, dakwah dari segi lisan dan perbuatan sukar untuk sampai pada diri non-muslim ataupun muslims itu sendiri...

Dalam Al-Quran dah cakap, Surah al- Isra' ayat 15, Allah bagitau kita yg bahawa Dia x akan mengazab  seseorang sebelum Dia mengutuskan seorang Rasul. Di sinilah peranan seorang Muslim sebagai daie, penyambung dakwah Rasulullah utk menyebarkan mesej-mesej dalam Islam kepada orang ramai. Sebab kadang2 dakwah perihal or pengertian Islam itu tidak sampai ke sesetengah orang atau kawasan. So, we need to do approaching style in order for Islam to reach everyone in this world...

Bayangkan, kalu para sahabat Rasulullah SAW segan nak approach strangers masa sebarkan Islam dekat ceruk2 di pelosok dunia mcm China, Africa, and so on, adakah Islam itu sampai pada diri KITA secara general di Malaysia or di mana sahaja di pelosok dunia ini?? Cuba kita guna akal yg membezakan kita dengan haiwan, untuk kita berfikir barang sejenak cuma, akan hakikat bagaimana dakwah itu boleh sampai pada nenek moyang kita dahulu?? Renung2kan...

Okay cut... Banyak betul out of topic, tadi cakap nak citer feelin pasal trip jer kan... Alahai... 

Then, after  habis distribute pamplete and kutip sampah, so 'Bidadari Elecsys' pun bukaklah bekal dorang yg lengkap giler tue. Nampak sangat dorang dah plan rapi nak berpicnic sebagai tujuan utama, dan distribute pamplet tu jadi aktiviti sampingan... Hehehe, bak kata Pak Cik Saris, "Kalu budak lelaki pergi pantai ramai-ramai dengan budak perempuan, x payah nak bawak aper2 makanan, tapi perut akan still kenyang, sebab perempuan nih, dorang suka bab2 bawak makanan gi pantai nih, kira macam hobi jugak lah, so lelaki ni dia x akan rasa laparlah"... ahhahaha


Pak Cik Saris dan Fahmi  Aidil


Lepas kenyang, we then move to Zoo, and kat zoo macam biasa lah, smua excited nak tengok 'saudara mara' bak kata Abg Nazrin... Hahaha, (Bleh refer blog Pengarah Prog kat link bawah psot ni nanti)...

Last place iaitu Bandar Hilir Melaka.. Here where i really enjoy the day dengan telatah Fizul, Huda and Zaharah... Rasany paling lucu zaharah ngan Huda, coz asyik nak tergelak jer dengan telatah budak dua orang nih... Sorang  excited nak follow macam Fizul, nak jadi photograper guna DSLR, lagi sorang ni, x abis2 dengan dia punya ayat "Nak kite tangkap gambar macam pro ke macam biasa"... Alahaiii... haha

There are so much memories that i cant actually described in details, because u guys make my day everytime i think about that experience, moment and how funny my friends were... Thanks guys, coz giving me this precious memory... 

Here i attach some photos at Bandar Hilir Melaka...

Dorang ni happy betul kalu kena snap... haha

Dari kanan : Putera Fizul,  Puteri Zaharah and Pangeran Anak Huda 

Bak kata Bryan, "Pirates of the Malacca Strait: Return of the Portuguese." - Funny giler

Muka-muka 'lanun Melaka'... hahaha

View before we ride on Cruise... 
Actually there are more photos in Pengarah Program punyer blog, so malasss nak attach byk2...

Selingan:

Lepas berfikir tentang hakikat perkongsian sesama muslim, (cewahhh, ayat x bleh blahhh) im thinking of sharing my ODOJ programme to all people out there... Lepas more than 3 months doing ODOJ with my friends, I think that its the time i should share this with all my friends, sebab Ramadhan pun x lame lagi, marilah kita sama2 "Fastabiqul Khairats"( berlumba-berlumba dalam berbuat kebajikan)... What is ODOJ, i will explain in my next sharing... InsyaAllah, Biiznillah... 


P/s : AWESOME trip with AWESOME friends and I manage to store AWESOME moment to my AWESOME memory... 

Here the link that i told u guys about: Blog Pengarah Program...

Yang Benar: 
Hamba Allah, HR... 

Sunday, 13 April 2014

Indahnya Ciptaan Allah...

Alhamdulillah...
Segala puji pujian untuk Allah Yang Maha Kuasa... 


Here we are. Actually, this is the post that i want to share before i share about "Andai Allah Buka Aib Kita"... But after my mind changed, "Andai Allah Buka Aib Kita" win and it posted.

Okay, i just wanna share that how happy i am, when im able to hike that Broga Hill... Wallahi, that place is really beautiful and its really a good place to watch the sun rise. *op kos lar kan, nama pun bukit* hahaha.

Sebenarnyakan, that hiking was organized by Elecsys (Electronic System Engineering Club) of MJIIT (Malaysia - Japan International Institute of Technology). Banyak pulak guna bahasa omputih ni. Okay, actually tujuan program ni dibuat so that mahasiswa senior and junior boleh mengeratkan silaturahim antara satu sama lain disamping menghayati keindahan alam ciptaan Allah... Ni aper yg penganjur tu cakap lar, and i agree with that, sebab nampak sangat kat MJIIT senpai and kohai (senior and junior) x braper nak rapat sangat, and this concept really contradict with the japanese definition of senpai and kohai relationship.

It seems like, concept senpai-kohai ni dah macam satu ayat yg seronok disebut without realizing the real meaning behind that sentence. Maaf andai tersilap, sebab ni pendapat peribadi semata. Thats why saya setuju sangat dengan aper yang Elecsys committee members dah organize nih, at least relationship between senpai kohai tu boleh bercambah, walaupun x smua dapat join. Okay, nampak  panjang pulak mukadimah blog kali nih, so let cut to the chase.

Memang suka pun sebenarny nak join program program camni. Seronok because we will learn a lot of new things, Every single things that we join or we do, we must think in Islamic point of view so that Allah sentiasa melebihi benda2 lain dalam dunia. Plus this will enhance the iman in our heart... Why i said that it enhance the iman in our heart?? Semua benda yang indah2 dalam dunia nih, belong to Allah SWT, and jika hati yang ader sekelumit iman dan iman itu dipimpin sedikit dengan akal, maka rasa kagum itu muncul dengan sendiri.
Thats why Islam tidak hanya bergantung pada dalil naqli semata2, tetapi Allah memberi peluang akal kita berfikir akan sesuatu perkara, dan hasil daripada dalil aqli ataupun akal ialah ijma' dan qiyas yang dilakukan oleh para ulama'.

Hebatnya kekuasaan Allah ni, akal kita tak terjangkau bagaimana Allah boleh cipta bukit yang cantik, 'sun rise' yang indah, udara bukit yang sungguh nyaman dan sebagainya. Kita try jentik akal kita, untuk berfikir hanya sejenak, betapa hebatnya Allah cipta semua nih.

Dalam Al Quran, Allah sebut :
"Sesunggunya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang berakal;" (3:190)

The view at the peak of Kinabalu Mt. (Target after Hari Raya; InsyaAllah)
*Taken by Prof Kanao Fukuda

X ader satu pun ciptaan manusia dalam dunia nih yang boleh menandingi ciptaan Allah. Kalau kita hamba yang berakal, maka perasaan kagum itu akan datang dengan sendiri. Even org yg x percaya akan kewujudan Allah pun terkesima akan keindahan alam dan dorang pun memang kagum sesangat, apatah lagi muslimin dan muslimat yang bersaksi tiada tuhan selain Allah SWT yang menciptakan seluruh alam dan segala isinya.

There are some view that  i wanna share with u guys that taken by the photographer for the trip that is akhi Hafizul Asyraf.

Elecsysian yg berjaya sampai Broga's Peak... They really Enjoy the moment there... Siap selfie guna monopod lagi... 

Abg Zaem with the really amazing scenery... Subhanallah

The Sun start to rise; The reason for the hiking, watching sun rise...

Hakim Engineer Emas at the top of Broga... "Allah is truly amazing beyond everything"...

Allah turut berfirman dalam surah Al Baqarah:

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal yang membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kekuasaan Allah) terapung-apung dia antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semua itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akan fikiran. "
(2:164)

Allah yang suruh kita(hambaNya) ini berfikir akan kehebatan kekuasaan Allah. Please use the eyes and brain that Allah gives to see and think that the creation is beyond human capability to create and it cant just 'pop out' out of no where without Allah will...

Another scenery at Broga's Peak... 

Abang photography tengah menghayati keindahan alam... Seronokny dia baring atas rumput kering tu... 

Barisan Adik2 first year yang berjaya sampai ke puncak... Hebat dorang nih... True Elecsysian... :D

Proses turun agak mencabar juga, coz berpasir dan kering, so mmg licin...

See, how steep the hill, but worth it coz the scenery is breath taking... 

Its really worth it for us to hike that hill, program ni banyak membuka minda tantang keindahan alam dan kaitannya terhadap kekuasaan Allah. Hope next time ader peluang beriadah bersama Elecsysians ni lagi.

Lastly, Allah turut berfirman dalam Surah al-Isra': 

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekelian makhluk yang ada padaNya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujinya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesunggunhya Ia adalah Maha Penyabar lagi Maha Pengampun." 
(17:44) 

Akhir kalam, sedangkan langit dan bumi serta segala isinya yang lain sentiasa bertasbih memuji kekuasaan Allah, mengapa kita manusia yang Allah angkat sedikit darjat di dunia menolak untuk bertasbih dan menyembahNya... Moga kita semua sentiasa meletakkan Allah dan Rasul melebihi segala2 di dunia sebab sayang kita itu ketika di dunia pada Allah dan Rasul akan mendekatkan kita pada Allah dan Rasul di akhirat kelak. InsyaAllah.. Biiznillah... 

P/s: Segala yang baik itu datang dari Allah, yang silap dan terkasar bahasa itu datang dari kelemahan diri saya sendiri... and looking forward to another Elecsys Program at Melaka next week, moga setiap program yang dilalui, Allah buka mata hati untuk terus mengagungkan kekuasaanNya... Lepas raya, InsyaAllah, some MJIITians akan menghayati keindahan ciptaan Allah dari Gunung Kinabalu pulak... 


Yang Benar: 
Hamba Allah, HR



Saturday, 15 March 2014

Andai Allah Buka Aib Kita...

Assalamualaikum and Salam Sejahtera... 

Sebenarnya niat hati nak update blog pasal Broga Hill, but kerana minda ni terfikir perkara yg lebih mustahak, maka didahului perkara tersebut daripada Broga... But nevermind, Broga Hill punyer draft dah settle. Melihat tajuk, 'Aib', what do u think? Adakah benar Allah tutup aib kita?? 

Sebelum itu, ada sedikit yg ingin diselingkan sebelum kita kupas tentang aib... 

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un...
Bumi Malaysia diuji dengan pelbagai musibah;
Jerebu,
Kemarau,
Panas yang luar biasa,
Masalah air,
Politik yang semakin menggila,
Kehilangan MH370
Dan yang terbaru,
Maruah Malaysia tercalar di persada dunia kerana kegiatan perbomohan.

Tapi benar, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Disebabkan musibah2 di atas, ramai manusia yang sedar akan pentingnya doa dalam hidup ini. Ad dua' silahul mukmin, doa itu senjata org mukmin, dan Allah berfirman ".... Aku(Allah) perkenankan permohonan org yg berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku..." (2:186). 

Semua yg berlaku itu adalah teguran Allah SWT kepada kita hambaNya. Moga kita semua sedar akan kelalaian kita, dengan keangkuhan kita, bahawa Allah sedang berbicara dengan kita dengan menurunkan segala musibah yg menimpa Malaysia. Astaghfirullah... 

Berbalik kepada tajuk.... 

Aib itu merupakan satu perkara yg amat memalukan, jika diketahui oleh org lain. That is why, manusia sentiasa nak kelihatan baik, hebat, betul, di hadapan manusia lain. Aib ini dapat merubah nilai pandang seorang hamba terhadap seorang hamba yg lain.... MasyaAllah. Moga Allah pelihara aib kita.

Dalam satu hadis Nabi SAW, "Barang siapa yg tutup aib seorang muslim, Allah akan tutup aib dia dunia dan akhirat (termasuk muslim itu diri dia sendiri)"... MasyaAllah... 

Malu kala aib kita dibuka... 


Sejujurnya, saya cuba mendidik hati agar tidak melihat aib pada diri manusia lain, tetapi lihatlah sebaliknya... Benar kata ulama', jika org lain ada 99 kejahatan, dan hanya ada satu kebaikan pada dirinya, maka kita tengok satu kebaikan pada dirinya. Lupakan 99 kejahatan itu, dengan itu, barulah hati ini mudah bersangka baik. Kenapa?? Ini merupakan satu cara bagaimana mengelak penyakit hati: hasad dengki, jealous, buruk sangka, dan sebagainya... 

Allah SWT kurniakan kita manusia dengan DUA MATA, Satu Mata untuk kita lihat kebaikan, kebajikan, kehebatan HAMBA Allah yg LAIN, Satu lagi mata untuk kita lihat keburukan, keaiban, kekurangan dan kelemahan DIRI KITA SENDIRI... Dengan ini, diri kita akan sibuk melihat aib sendiri, maka kita x kan ada masa untuk melihat aib org lain, insyaAllah... 

Ada satu kisah seorang sahabat Rasulullah mengenai aib. Kisah ini merupakan kisah seorang sahabat bernama Abdullah ibnu Mas'ud r.a... Beliau merupakan antara sahabat Rasulullah yg paling awal memeluk Islam, iaitu org yg keenam. Merupakan antara sahabat yang paling amanah dan paling dipercayai Rasulullah SAW. Selepas kewafatan baginda, Abdullah Ibn Mas'ud antara seorg alim dan faqih yg menjadi rujukan org2 kufah secara amnya. 

Pada suatu hari, Abdullah Ibn Mas'ud keluar dari rumahnya, dan para pengikutnya dia telah ramai yg menunggu di luar rumah, dan apabila Abdullah Ibn Mas'ud keluar dari rumah, maka semua pengikut beliau  mengekori beliau dari belakang. Melihat perkara ini, maka Abdullah pun berkata kepada org yg mengikutnya "Jika Allah Swt Yg Sattar, Yg Alim, (maha penutup segala aib dan maha mengetahui) membuka aib apa yg aku lakukan disebalik pintu/ tabir (dalam rumahnya), sudah tentu tak akan ada seorang pun antara kamu yg akan mengikut aku" - MasyaAllah, sahabat Rasulullah yg alim pun x terlepas dari merasa aib dalam hidup, inikan pula kita yg kerap melakukan dosa... 

Melalui kisah ini, kita sedar bahawa dalam hidup ini betapa Allah pelihara aib seorang hambaNya baik yg taat padaNya mahupun yg ingkar padaNya... Thats why, i think we should realize how Allah love us. 

Teringat satu firman Allah dlm Surah Ali Imran ayat 110;
"Kamu(umat muhammad) adalah umat yg terbaik yg dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yg makruf, mencegah dari yg mungkar, dan beriman kepada Allah.... " 

Maulana Muhammad (From South Africa) yg datang ke KSJ awal tahun ini ada mengatakan, kita amat beruntung dilahirkan dalam kalangan umat Muhammad berbanding umat Nabi2 yg lain, because pada hari akhirat nanti, hanya Muhammad SAW mampu memberi syafaat compare to other prophet, but to be in that umat we need to fulfill three condition, iaitu menyuruh kepada yg makruf, mencegah dari yg mungkar, dan beriman kepada Allah... MasyaAllah, moga Allah membantu kita kekal beriman di jalanNya... 

Thats why pentingnya husnudzon dalam diri ini, agar hati ini tidak suuzon dengan Hamba Allah yg lain.   Benar, iman kita memang sentiasa menurun dan meningkat, thats why kita perlu mengelak perkara yang boleh membawa penyakit hati, iaitu suuzon dengan hamba Allah yg lain... Buruk sangka hanya akan merosakkan hati, jiwa, dan juga amal yang kita lakukan... Dalam Tazkiyatun Nafs, disebut bahawa dosa anggota itu bermula dengan dosa hati... Allahu... InsyaAllah, moga Allah pelihara aib dan amal kita dengan RahmatNya.... 

Syukur ke hadrat ilahi, ramai sahabat yg kerap memberi peringatan dan teguran dalam hidup ini, moga sahabat sekalian dipermudah Allah untuk berjaya di dunia dan akhirat, biiznillah, insyaAllah... 

Benar kata seorang sahabat, mungkin sikap atau perangai buruk yg ada dalam diri seorang hamba sekarang berpunca tak lain dan tak bukan kesan dari dosa-dosa lama iaitu maksiat yang pernah diri ini lakukan, menyebabkan hati kita sakit dan hampir mati.... :( :( :( Astaghfirullah... 

Sekarang diri ini berpegang pada kata ulama', "Taubat untuk maksiat itu cukup sekali, TAPI taubat untuk ketaatan perlukan seribu kali taubat".... 

Pintu yang paling luas dalam ISLAM ialah pintu TAUBAT.... 


P/s: Same goes to me, jika Allah SWT membuka aib yang ada pada diri saya, maka setiap org yg mengenali diri ini akan beratur, berbaris meludah ke wajah saya... Inilah keindahan dan kehebatan Allah menutup aib seorg hamba yg kerap melakukan dosa... Astaghfirullah... 

Yang Benar:
Hamba Allah, Hakim... 

Saturday, 22 February 2014

Aku Bercerita...

Assalamualaikum and Salam Sejahtera... 

Lama sungguh saya x menulis kat blog yg Dr Kamal paksa buat nih... haha,  Sebelum ni saya pernah tulis post yg x berkaitan pasal assignment, and i dont know why, rasa malu tu muncul kala teringat mengenai post Hidayah atau Musibah. Di sebalik post tersebut tersimpul satu cerita mengenai zaman kejahilan diri, and today i will story a bit why i think n got that cetusan minda... 

Pernah suatu ketika diri ini berada pada satu zaman yg smua org takut iaitu zaman kejahilan. Zaman jahil ni bukan hanya time sebelum Islam sampai di tanah Arab, tapi smua orang akan mengalami andai ilmu dalam diri tidak dipimpin oleh iman di dalam hati. Anologinya mudah, seorang doktor itu, sehebat mana pun dia mengubati manusia dengan ilmu yang dia ada, andai dia menyangka dia yang telah menyembuhkan sesuatu penyakit dan bukan Allah, dia berada dalam zaman kejahilan. Seorang engineer, andai dia merasakan segala benda yang dia cipta atau bina berdasarkan kehebatan minda dan akal dia semata,  menidakkan hak Allah, sesungguhnya dia berada pada zaman kejahilan. 

Zaman kejahilan inilah yang membuatkan diri ini amat sedih tatkala teringat kembali keadaan diri sebelum hidayah Allah membimbing diri... MasyaAllah, bersyukur sungguh sebab Allah panjangkan umur dalam mentaatiNya. 

Okay,tengok tajuk pun dah tahu, sebijik mcm novel Abg Ramli Awang Murshid, gitu... haha. Sebenarnya Aku Bercerita ni berasal dari konsep Looking Glass-self yang diperkenalkan oleh Charles Horton Cooley pada tahun 1902. Membicarakan konsep perpektif sosiologi , ia menekankan bagaimana melihat diri kita melalui kacamata orang lain dan diri sendiri dan menjadikan ia sebagai suatu pembentukan konsep kendiri “berbicara dan menilai diri sendiri daripada kacamata diri sendiri”- satu ayat yang mudah untuk dibaca tetapi begitu sukar untuk dijiwai dan dipraktikan pada penulisan dalam bentuk penceritaan.

“Sebuah cerita itu tersimpan di dalam fikiran, bermain di dalam hati dan akhirnya diluahkan dalam bentuk tulisan. Bercerita secara lisan membuatkan aku letih… “ - RAM 


Oleh sebab nama tajuk 'Aku Bercerita', maka eloklah kalau 'saya' tu tukar kepada 'aku' terus, coz nak ambik feel lar katakan... haha,  But, sebab malas nak cerita semua, so the story will begin pasal zaman jahil jer lah... hehe... 

Zaman jahil bagi diri ak start masa sekolah menengah. Ak bersekolah di SMK Tung Hua, Sibu Sarawak, yang majoriti pelajarnya berbangsa Cina, about 90 percent... Biasalah kalau sekolah chinese ni, memang totally different dengan sekolah kebangsaan. Oleh sebab budak melayu n bumiputra minoriti, so pelajar tingkatan satu sampai tiga bumi n pelajar cina akan diasingkan kelas, x leh campur sebab susah cikgu nak ajar nanti, so ak pun masuklah tercorot, kelas 1G, budak cina masuk kelas dari satu 1A sampai satu 1F. Walaupun mulany ak di offer masuk kelas 1B sbb result UPSR straight A, tapi sbb x bertutur bahasa cina, so x boleh... Mungkin sebab ayah ak pandai cakap cina, so dia pun nak anak dia belajar bahasa cina ni, tapi sorg pun mcm x ambik peduli sangat... haha, smua cikgu ak tanya kenapa ak x pandai cakap cina mcm ayah aku... I mean bahasa cina foochow and mandarin... 



 My School


Panjang pulak muqadimah blog ni, okay let cut to the chase... 
Apa yg ak sebut sebagai zaman jahil ialah, gaya hidup dan kurangnya ilmu agama yg ak ada. Masa sekolah rendah, ayah dah buat cukup dah rasanya, hantar g kelas ngaji tiap2 malam, kelas sukan n fardhu ain ptg2, n so on... Tapi anak dia nih, buat endah x endah jer dgn agama, lepas masuk jer sekolah menengah, mula2 biasalah, still ala2 malaikat, tapi lepas kenal ramai chinese geng and so on, smua benda ak nak try... 

Sekolah ni, dia bukan macam sekolah kebangsaan yang lain, pergaulan dia lain macam bagi ak... Ni sekadar pendapat peribadi, kalu org islam ikhtilat tu penting, tapi sbbkan ni sekolah cina, so ikhtilat ak dgn kwn2 mmg ak x jaga sgt... Agama hanya pada nama sahaja, x langsung diterjemahkan dengan perlakuan... Nauzubillah... Oleh sebab social-social ni dah mcm bnda biasa, maka hidup ak pun terumbang ambing... PMR memang score, straight A lagi, tapi sbb rasa diri dah hebat n so on, mulalah x blajar sangat lepas masuk form 4. Masa form 4, sekolah bagi pelajar cina and bumiputra campur satu kelas bagi yg nak ambil science site, and yang ambil art still kena separate kelas. Masa nih lah kemuncak zaman kejahilan dalam hidup ak, astaghfirullah... Ak masuk science site, and 80% chinese and the rest is bumiputra. Pemahaman tentang agama itu hanya untuk subjek pendidikan islam, tapi still aurat x jaga, ikhtilat lagi lah, words that come out from my mouth, jgn ckp lar, memang teruk... 

Then lepas tu masuk matriks walaupun ader tawaran buat asasi undang2( this is my ambition actually), but mak ayah x braper suka, so ak follow lah kehendak diaorang sebab nak ambil berkat lah katakan... Then masa matriks, perangai dekat sekolah ak bawak g matrikulasi, walaupun ak cuba kawal. Kadang2 sebab dah terbiasa, tu yang jadi masalah untuk menyesuaikan diri... Contoh yg paling minor, kalau kita dengan slumbernya pegang tangan budak2 perempuan yg bukan muhram, mengilai dorg terkejut... hahaha...


Nasib baik lar kat matriks, Allah hantar beberapa org makhluk dia yg buat ak dekat ngan masjid dan majlis ilmu... Daripada zero ilmu agama( i mean secara practicalnya), ak mula berjinak denga surau, ak mula berjinak2 dengan budak-budak yg org cakap bajet alim, dan ak perhati dan lihat bahawa ukhwah dalam Islam ini seronok... Serius, ak suka sangat tengok ukhwah budak2 surau nih... Dah masuk uni, baru lah migrate secara total setelah betul2 faham basic2 cara hidup Islam yg Allah redha... Alhamdulillah...

Ak rasa ak xleh nak crita secara mendalam kisah nih, sbb takut pulak smua org xnak kawan ngan ak lepas tau kisah silam... hahaha, thats why byk dah ak tapis2 tu... (Wallahi, just nak tunjuk how someone can go back to the path of real islam practically)...

Mungkin ader yg akan cakap, " bodohnya dia nih buka aib diri sendiri.. "... Niat ak hanya nak, org Islam yg pernah tergelincir, supaya sedar, bahawa masa silam itu biar kekal sebagai masa silam, yang paling penting, NOW, what path will u take in ur life?? Adakah jalan yang kita nak pilih jalan yang Allah redha atau jalan yang Allah murka... Tuan2 dan Puan2 skalian, Islam itu indah dan mudah, bukan menyusahkan... 

That is why, my focus is, ak nak kita smua tau, walau kita x berada di jalan yg lurus (jalan yg Allah Redha), tapi kita kena ingat, rahmat Allah itu luas... Dalam satu hadis:

"Semua anak adam itu berbuat kesalahan & sebaik-baik orang yg berbuat kesalahan itu ialah org2 yg mahu bertaubat." (HR Tirmidzi & Ibnu Majah)... 

So, ak nak habaq mai lah, kita buat dosa mcm mana sekalipun, andai kita betul2 menyesal dan bertaubat, insyaAllah, Allah terima selagi mana kita tidak syirik pada DIA... 



Rahmat Allah itu luas wahai sahabat2 sekalian, thats why, Nabi SAW pernah bersabda:

لَنْ يَدْخُلَ الْجَنَّةَ أَحَدٌ بِعَمَلِهِ قِيْلَ وَلاَ أَنْتَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ وَلاَ أَنَا إِلاَّ أَنْ يَتَغَمَّدَنِيَ اللهُ بِرَحْمَتِهِ

Tidaklah seseorang masuk surga dengan amalnya. Ditanyakan, “Sekalipun engkau wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Sekalipun aku, hanya saja Allah telah memberikan rahmat kepadaku.”
(HR. Bukhari 5673, Muslim 2816)

Sebab itu, sekarang ak agak menyesal, kalau dulu aku tunjuk akhlak yang baik, mungkin Islam dipandang dari perspektif berbeza dalam kalangan rakan2 non muslim sekolah menengah... Nikmat Islam yg ak dapat secara warisan, ak x kongsi dgn rakan2 sekolah ak, padahal medium sekolah menengah ak tu mmg tepat lar rasanya, kalu nak dakwah, sebab ramai non-muslim... Kalu ak dakwah guna akhlak, at least dorang nampak bagaimana Islam itu secara luaranya... Allahu,, agama seseorang itu selalu dipandang berdasarkan akhlak yg ada dalam diri seseorang. Thats why, ulama' bagitau akhlak itu ibarat cermin kepada anutanmu... MasyaAllah... 

Akhir kalam, dunia ini pentas sandiwara, kita adalah pelakonnya. Dalam kalangan kita pula ada yang benar-benar menjadi manusia, dan ada yang ramai juga memilih menjadi boneka atas kerelaan sendiri. Takdir merupakan plot penceritaan. Aku kira terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu memilih jalan yang Allah redha atau jalan yang Allah murka, kerana setiap jalan telah terbentang di hadapan mata, jadi terpulang sama ada mahu berjalan di jalan yang mana. Apa yang pasti akhirat itu kekal dan dunia ini hanya sementara.... 


P/s: Moga bermanfaat buat sahabat2, sbb mengenang balik kisah silam satu keperitan yang amat, sbb kisah silam ak x seindah mana... Astaghfirullah... ni, ak curi post adik ak, penawar kala hati sedih mengenangkan kisah silam dan sebab mengapa blog di-update... hehe, and also, Thx, Fizul, huda, zaharah, and kak ate... :D



Yang Benar, 
Hamba Allah...