Friday 20 June 2014

Stop Judging and Start Moving!!

Alhamdulillah...

Allah beri peluang untuk kita terus hidup dan terus bertaubat atas segala dosa dan maksiat yg kita lakukan... 

Memang benar kata ulama', taubat untuk maksiat cukup sekali, dan taubat untuk ketaatan perlukan beribu-ribu kali taubat... 


Bukan senang seseorangyg pernah buat berbagai dosa ingin kembali ke jalan fitrah yg Allah dah tetapkan sejak azali. Hidayah itu milik Allah, tetapi, ada saja mulut-mulut yg kerap mengutuk dan mencela mengatakan bahawa perubahan org yg mereka lihat selalu melakukan dosa ini hanyalah lakonan semata-mata. Jangan lihat masa silam seseorang seperti kita x pernah buat dosa bro-bro dan akak-akak sekalian. Xtau nak cakap aper dah... 

"Tiada ulama' yg tidak pernah mempunyai masa silam, dan tidak ada pendosa yg tidak mempunyai masa depan" - (pernah terbaca... haha) 


Luahan hati adik kadang2 sedih jugak telinga kita ni mendengarnya... But its okay, semakin kita cuba mengejar iman, semakin Allah uji kita sebab nak tgk iman kita di tahap mana? Redha kah kita dgn segala yg Allah tetapkan? 

Adik pernah tulis:

“Jangan bandingkan ujian orang lain dengan ujian kau. Setiap orang tak sama. Alangkan saiz kasut, saiz baju pun berbeza-beza, inikan ujian dari Allah.”

Kau beruntung kau lahir dari keluarga yang taat mengamalkan ajaran Islam,
Tapi dia?
Dia dilahirkan dari keluarga yang jauh tersasar dari ajaran Islam.
Namun, dia masih berusaha mendalami Islam sedaya upaya.


Kau beruntung kau diajar hukum hakam agama dan membaca al-Quran sejak kecil lagi,
Tapi dia?
Dia mula mengenal hukum dan membaca al-Quran apabila belajar di sekolah.
Tapi itu tidak mematahkan semangat dia mendalami Islam.


Kau beruntung kau menuntut ilmu di sekolah agama sejak kecil,
Tapi dia?
Sejak kecil dia dihantar ke sekolah cina untuk menuntut ilmu.
Tapi dia tidak pernah lupa bahawa dia seorang Muslim.


Kau beruntung kau punya teman yang kerap mengajak kearah kebaikan.
Tapi dia?
Sangat kurang teman yang boleh mengingatkan dia kepada Allah.
Lantas dia memilih menjadi teman yang mengingatkan temannya ke jalan Allah. 


Kau beruntung, kau diberi semuanya.
Namun begitu kau jarang kali bersyukur.
Dia banyak kali diuji dalam kehidupannya,
tapi dia masih tetap bersabar.


Tujuan kita mungkin sama,
tetapi cabaran tetap berbeza.
Disaat kau ‘berjalan’ menempuh perjalanan hidup kau,
Dia ‘berlari’ menempuh perjalanan hidupnya.


Di lautan pasti ada ombak mendatang,
Terkadang ada yang kecil ada juga yang besar.
Namun kita mesti teruskan berenang,
Jangan sampai lemas tenggelam."



Perubahan ni kalau nak dianalogikan sangat simple dan mudah... 

"Dia baru nak jadi baik, janganlah over sangat mengkritik."

"Contohnya, awak baru tanam ubi 5 minit tadi,
pastu awak jerit kat ubi yg awak baru tanam, "Wei,cepatlah jadi ubi, aku lapar ni!".


P/s: Walau aper pun org nak kata, I love my family. Iman itu bukan dapat diwarisi. Lets stop judging and start moving!! Ramadhan tinggal 7 hari jer lagi... Fastabiqul khairats!! 

No comments:

Post a Comment