Friday, 4 January 2013

Hidayah atau Musibah??


Assalamualaikum…

Cetusan minda kadang-kadang buat kita berfikir dengan lebih dalam makna sesuatu perkara… Bagaimana dan mengapa sesuatu terjadi selalu menjadi tanda tanya dalam diri manusia. Sekarang musim menduduki peperiksaan bagi pelajar2 universiti, dan sudah tentu ramai yang berharap mendapat keputusan yang baik dan cemerlang. Tapi tidak kurang juga yang merasakan atau menjangkakan bahawa keputuan mereka nanti sudah tentu tidak baik memandangkan prestasi semasa yang ditunjukkan tidak memberangsangkan.

Benda ini dapat saya lihat pada diri sendiri dan ramai lagi rakan2 yang lain membicarakan sesuatu yang sama. Jika melihat pada diri sendiri, prestasi diri semakin menurun dan tidak seperti dulu, im not blaming anyone, but I think it is my own fault. Mungkin barangkali saya sendiri sebelum ini lalai dan leka apabila diberi kejayaan dalam peperiksaan sejak dari sekolah rendah hingga sampai ke sekolah menengah. Kejayaan yang saya dapat tidak mendekatkan saya kepada Allah, malah menjauhkan lagi diri saya. Mungkin hati dihinggapi penyakit bongkak, riya’, dan takbur. Melihat diri sendiri lebih gah dari orang lain, sehingga lupa bahawa kejayaan itu siapa yang punya? Dengan izin siapa barulah saya dapat mengecapi kejayaan tersebut? Inilah persoalan yang telah muncul di minda saya. Mungkin inilah yang dikatakan oleh para ustaz dan ustazah sebagai ISTIDRAJ. That is kejayaan yang Allah bagi  bukan untuk menambahkan keimanan tetapi untuk melemahkan dan melalaikan lagi manusia yang sememangnya sentiasa lupa kepada Dia. Istidraj adalah satu penghinaan, tanda betapa murkanya Allah kepada manusia. Astaghfirullah.

Sampai di matrikulasi barulah diri ini sedar setelah mendengar banyak ceramah dan menghadiri majlis agama, barulah sedikit sebanyak membuka minda dan mendapat jawapan tentang sesuatu bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu berlaku. Dan sekarang sampai di university barulah jawapan yang betul2 membuka minda telah saya dapat setelah berfkir agak lama, dan sekarang fikiran itu datang dengan membawa bukti2 yang agak sahih. Contohnya, saya mendapat keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan langsung, dan benda ini telah membuat iman saya yang sikit atau ciput itu terjentik, lantas telah memberi satu cetusan minda bahawa Allah yang memberi kejayaan kepada diri manusia dan bukan usaha semata2(walaupun manusia akan berjaya jika berusaha dan saya sendiri tidak menafikannya), dan jika kita gagal itu bukan salah Allah kerana itu adalah dari diri kita sendiri dan mungkin sebab kekurangan usaha dan kelalaian diri.

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” Hadith riwayat Muslim.

Dan yang paling baik ialah, jika kita lihat kegagalan dari satu perspektif Islam yang matang, kegagalan telah menyedarkan diri bahawa setiap kali mendapat sesuatu kembali lah pada Allah dan mula berubahlah  memperbaiki dirinya ke tahap yang lebih baik, iaitu tahap yang Allah redha. Inilah yang dinamakan HIDAYAH.. Keputusan baik pun satu ujian, keputusan yang tak berapa nak baik pun satu ujian juga. Dan samalah, keputusan yang baik tu satu nikmat, keputusan yang tak berapa nak baik tu satu nikmat juga; kalau kita ni hambaNya yang bersyukur dan melihat setiap sesuatu tu adalah tarbiyah dari Dia.
Marilah kita nilai diri kita,adakah sudah cukup amalan kita di mata ALLAH, dan apa sebenarnya yang diharapkan oleh kita daripada Allah?? Dalam firman Allah,

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. " -Ali Imran : 160

Dan kita boleh ambil banyak dalil2 dari dalam Al Quran tentang apa kaitan kesusahan yang Allah kurnia dengan apa yang kita dapat sebenarnya. Contohnya:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syuura ayat 30.

Oleh itu betulkanlah niat kerana untuk berjaya dunia dan akhirat, perlu mendapat keredhaan Allah SWT, dan bukan keredhaan makhluk. Sekarang ramai manusia yang kita lihat di Malaysia itu sendiri, belajar untuk mengelak daripada dimarahi ibu bapa dan para pensyarah. Saya pernah terbaca satu hadis kalu tak silap,(tak ingat riwayat mana), berbunyi begini:

Jika kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah swt akan memelihara kamu daripada segalanya .
Sebaliknya, jika kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk”

So betulkan niat, inilah yang dikatakan innamal a'maalu binniat.. setiap amal itu bermula dengan niat. Jika perubahan-perubahan yang berprestasi tinggi itu diniatkan kerana Allah, dan berazam hanya bukan kerana peperiksaan, tetapi perubahan untuk sepanjang kehidupan, maka insyaAllah Allah akan mempermudahkan langkah-langkah mujahadah menuju maghfirah-Nya.

So banyakkan berdoa kepada Allah kerana doa itu senjata orang mukmin. Segala yang baik itu memang daripada Allah SWT. Kita sahaja yang memburukkan diri kita. Maka marilah kita sama-sama, mendidik diri untuk redha dengan keputusan yang Allah SWT berikan. Allah SWT sentiasa memberikan yang terbaik. Tetapi kitalah yang kita perlu belajar bagaimana hendak menerima keputusan Allah dengan baik.

Tidak cukup sekiranya kita hanya berjaya di dunia, tapi kejarlah akhirat kerana KEJAYAAN di akhirat adalah KEJAYAAN yang mutlak dan berkekalan. InsyaAllah.

So, it’s time to continue the revision again. Usaha2, jangan putus asa, kerana “Failure will not make u fell forever, but it will teach u to be more better and better in everything that you do” … 

And my friend, please pray for me. And maybe some of you will not agree about what i write, this blog is just to remind me of what i should do and keep my knowledge in a place where i can easily refer it anytime and anywhere. :)

No comments:

Post a Comment